Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia kini sudah disahkan hamil dan usia kandungannya sudah pun memasuki minggu ketujuh.
“Sebelum ini saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya juga tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan,” katanya kepada Media Hiburan.
Linda juga menambah suaminya, Beego sangat teruja dengan khabar gembira itu sehingga melompat keriangan ketika ujian kehamilan menunjukkan hasil positif.
Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini.
Semoga sepanjang proses kehamilan Linda berjalan lancar dan kedua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.
Untuk makluman, pasangan ini telah dijabkabulkan pada 8 Jun lalu oleh Ustaz Mohd Nizam Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju.
No comments
Post a Comment