Sacramento - Seorang bayi lelaki berusia
lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik
mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat
merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).
Tidak cukup dengan itu, kini ibu bayi
malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens dan
Citrus Heights didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta
membahayakan nyawa anaknya, Ryder.
Menurut polis, Sarah menyedari kandungan
ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih
menyusukan bayi terbabit.
Lima bulan sebelum bayi itu meninggal
dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah
berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon
tinggi dalam tubuh bayi terbabit.
Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes
biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu
kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat
berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat
dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat
khayal. - Agensi
No comments
Post a Comment