Berkshire – Tuan punya seekor ayam peliharaan terpaksa menunggu sehingga ayam berkenaan mati, barulah dia boleh mengambil semula sebelah subang berliannya yang bernilai lebih seribu ringgit yang ditelan oleh binatang tersebut.
Meskipun kecewa, Claire Lennon tidak mempunyai pilihan dan mungkin perlu menunggu hingga lapan tahun lagi.
Subang itu dihadiahkan oleh teman lelakinya, Adam.
Menurut Claire, doktor haiwan memberitahunya bahawa dia boleh membedah ayam tersebut yang digelarnya Sarah, namun ia akan membunuh binatang itu.
Ini kerana berlian itu terlalu keras dan ia tidak akan rosak, hanya kekal dalam badan Sarah hingga binatang tersebut mati.
“Jika saya membunuh ayam itu, ia pasti akan mengecewakan anak perempuan saya, Mia yang berusia enam tahun.
“Justeru itu, kami perlu menunggu hingga Sarah meninggal dunia,’’ katanya.
Claire hanya menyedari Sarah menelan subangnya itu selepas telinganya berasa sakit dan dia sekeluarga kemudiannya menunggu hingga Sarah membuang najis, namun gagal.
Pemeriksaan doktor mendapati subang itu sudah masuk ke dalam hempedu ayam berkenaan.
No comments
Post a Comment