Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita 64 Tahun Berjaya Berenang Dari Cuba Ke Miami~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wanita

Seorang perenang jarak jauh wanita Diana Nyad merekodkan sejarah semalam, selepas beliau menlengkapkan renangan selama tiga hari dari Cuba ke Miami, Florida sekaligus menjadikan beliau manusia pertama melakukannya tanpa menggunakan perlindungan sangkar jerung.

Perenang berusia 64 tahun dari Amerika Syarikat itu berenang meninggalkan pelabuhan kapal layar Havana awal Sabtu, dan tiba di Pantai Key West berjaya menamatkan renangan walaupun selepas gagal dalam empat percubaan kerana cuaca buruk serta serangan obor-obor.

"Saya melakukannya atas tiga sebab, yang pertama kita tidak sepatutnya menyerah kalah, kedua, kita tidak pernah tua untuk mengejar impian kita dan ketiga walaupun ia kelihatan sebagai pencapaian saya seorang tetapi sebenarnya ia adalah kejayaan berpasukan," katanya.

Mengikut jangkaan awal, perenang wanita itu akan melengkap renangannya sejauh 160 km dalam masa 80 jam tetapi berjaya menamatkannya lebih awal dalam 52 jam 54 minit dan 18.6 saat.

Percubaan Nyad diikuti ramai orang di seluruh dunia menggunakan laman sosial seperti Facebook dan mereka turut menggunakannya untuk memberi ucapan tahniah.

Pihak White House juga walaupun sibuk dengan isu konflik di Syria, sempat memberikan ucapan melalui Twitter bagi pihak Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

"Tahniah kepada Diana Nyad, teruskan usaha anda mencapai impian anda," menurut Tweet itu.

Ketika renangan, para doktor dari bot sokongan terus menerus memantau perubahan fizikal badan, suhu dan kemungkinan Nyad mengalami gangguan kesihatan ketika berenang.

Mereka melaporkan bibir dan lidah Nyad menjadi bengkak sehingga dia tidak dapat bertutur dengan betul.

Wanita itu juga terpaksa berhadapan dengan cuaca sejuk melampau pada renangan di waktu malam.

Ketika Nyad menghampiri pantai, seekor obor-obor besar dilihat berada di dalam laluannya, bagi mengelakkan Nyad terkena sengatan obor-obor, pasukan penyelam berenang mendahului beliau bagi melihat jika ada lagi obor-obor di hadapannya.

Dengan berbekalkan semangat, Nyad telah mempercepatkan kelajuan renangannya kepada 2.83 kilomter sejam pada Ahad selepas beliau ketik itu berada di dalam air lebih 24 jam.

Jika perlu, Nyad akan memakai pakaian renang penuh menutupi badan, beliau juga terpaksa menggunakan topeng muka khas dan sarung tangan dan kasut untuk melindungi perenang itu dari disengat obor-obor.

Setahun lepas, Nyad gagal dalam percubaan keempat untuk membuat lintasn itu selepas terpaksa berhadapan dengan ribut petir dan beberapa kumpulan besar obor-obor lebih dua hari.

Percubaan pertamanya ialah pada tahun 1978 ketika beliau berumur 28 tahun.

Nyad sebelum itu sudah mencatat rekod untuk renangan dari Bahama ke Pantai Florida Keys pada 1979, perjalanan yang jaraknya hampir sama dengan jarak renangan Cuba-Floridan tetapi Nyad berkata ia kurang berbahaya daripada percubaan kali ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments