Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Seorang Guru Di Melaka Menumbuk Dan Mencederakan Kemaluan Pelajarnya Yang Baru Berusia 10 Tahun~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Guru

MELAKA - Seorang guru didakwa telah menumbuk sekumpulan anak murid lelaki dan seorang pelajarnya yang berusia 10 tahun telah dibaling dengan segugus kunci sehingga mencederakan kemaluan kanak-kanak tersebut.

Tindakan guru itu dikatakan sebagai hukuman kerana mereka telah terlewat hadir ke surau untuk menghadiri kelas agama selain murid-muridnya turut digelar sebagai 'bodoh dan tidak berguna'.

Ibu kepada salah seorang mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, di sini.

Menurut Pengarah Pendidikan, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, jabatan pelajaran negeri itu telah membuat pemeriksaan terhadap dakwaan itu dan terdapat kesahihan mengenai perkara itu.

"Perlakuan guru itu adalah tidak boleh diterima dan dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian terhadap isu yang remeh".

"Pihak kami sudah berjumpa dengan enam pelajar tersebut dan mereka mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku," katanya sambil menambah pelajar tersebut turut lebam di bahu dan sakit di bahagian kemaluan.

Selain itu, Md Yunos berkata, guru itu juga telah mengarahkan pelajarnya untuk menghisap pensil dan kemudiannya mengelar mereka kelihatan seperti penagih dadah. - The Star

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments