Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya.

Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.
Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum.
Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Alahai, tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini.
Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.
Jika difikirkan, perbuatan cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan umum. 

SEPERTI semua maklum, pelakon Elfira Loy mengorak langkah dalam bidang usahawan apabila membuka sebuah kafe yang diberi nama Lovemesevendayscafe baru-baru ini.
Namun, entah di mana silapnya kafe milik Elfira Loy tiba-tiba mengundang pelbagai kritikan daripada peminat. Semuanya berpunca apabila kopi yang dihidangkan kafe berkenaan memaparkan gambar seni berbentuk wajah babi.
Hanya kerana gambar seni itu, Elfira Loy dilabel kurang sensitif kerana tidak kisah gambar seni babi menghiasi hidangan kopi yang diminum orang Islam.
Tak pasal-pasal gambar tersebut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminatnya yang menyifatkan ianya kurang sopan. Manakala, Elfira Loy pula dilihat mempertahankan hal tersebut.

Menurut Elfira Loy, gambar tersebut hanyalah atas dasar seni semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya untuk melukis mahupun memandang gambar babi.
Apa yang dijelaskan Elfira Loy ada benarnya, namun tidak dinafian setiap individu mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai hal ini. 

PENGUNJUNG sebuah tasik di Rochdale, Greater Manchester, England tergamam apabila melihat satu rangka haiwan yang cukup mengerikan.
Jonny Beckett, 32, terperanjat apabila mendapati rangka haiwan disangkakan buaya pada mulanya itu kelihatan jauh lebih mengerikan dengan barisan gigi yang bergerigi dan tajam.
Rata-rata berpendapat bentuknya yang ganjil membayangkan ia adalah haiwan purba yang tinggal jauh di dasar tasik namun ada juga berpandangan ia adalah ikan pike.
Meskipun sudah mati, rangka di Tasik Hollingworth yang berukuran kira-kira 5 kaki (1.5 meter) panjang itu nyata mampu menakutkan setiap pengunjung yang melihatnya.