SEPERTI semua maklum, pelakon Elfira Loy mengorak langkah dalam bidang usahawan apabila membuka sebuah kafe yang diberi nama Lovemesevendayscafe baru-baru ini.
Namun, entah di mana silapnya kafe milik Elfira Loy tiba-tiba mengundang pelbagai kritikan daripada peminat. Semuanya berpunca apabila kopi yang dihidangkan kafe berkenaan memaparkan gambar seni berbentuk wajah babi.
Hanya kerana gambar seni itu, Elfira Loy dilabel kurang sensitif kerana tidak kisah gambar seni babi menghiasi hidangan kopi yang diminum orang Islam.
Tak pasal-pasal gambar tersebut menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminatnya yang menyifatkan ianya kurang sopan. Manakala, Elfira Loy pula dilihat mempertahankan hal tersebut.
Menurut Elfira Loy, gambar tersebut hanyalah atas dasar seni semata-mata dan Islam tidak menghalang umatnya untuk melukis mahupun memandang gambar babi.
Apa yang dijelaskan Elfira Loy ada benarnya, namun tidak dinafian setiap individu mempunyai pandangan berbeza-beza mengenai hal ini.
No comments
Post a Comment