Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


LELAKI transgender ini mungkin akan menjuarai pencarian model cover majalah Men’s Health2015 yang sedang berlangsung sekarang ini.
Aydian Dowling yang dahulunya wanita sebelum melakukan operasi, kini mendahului carta dengan lebih 20 ribu undian, meninggalkan calon yang berada di tangga kedua yang hanya memperoleh lebih 7 ribu kutipan undian setakat ini.

Menurut sumber, Aydian mula mengungguli carta selepas komuniti transgender dan sekutu lain di laman sosial seperti Tumblr bersatu memberi sokongan padu dengan mengundinya.
Aydian berkata dia sangat terkejut dengan sokongan diterima kerana tidak sangka akan mendapat sokongan daripada komuniti itu.
“Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan fit selalu, selain itu saya juga amalkan cara pemakanan sihat untuk kekalkan kecergasan,” katanya.

Model lelaki yang dicari untuk mengisi ruangan muka depan majalah Men’s Health itu perlu memenuhi ciri-ciri tertentu termasuk memiliki fizikal yang cergas, mengamalkan gaya hidup sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

SUSULAN satu kenyataan Twitter oleh seorang lelaki yang mendakwa pernah menjadi ‘skandal’ kepada ikon fesyen Wak Doyok, Mynewshub cuba mengatur pertemuan dengan figura berusia 35 tahun itu untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya.
Namun Wak memaklumkan, dia kini berada di Johor Bahru atas tuntutan kerja.
Berkaitan isu di atas, Wak telah memberikan komen bahawa ianya satu fitnah dan akan membuat laporan polis tidak lama lagi.
Laporan polis bakal dibuat Wak memandangkan tohmahan dilemparkan individu dikenali sebagai Zaheed Shah Jaafar di laman makro itu dianggap keterlaluan dan menjejaskan nama baiknya.
Terkilan dengan semua kontroversi dan fitnah yang tak henti-henti melanda diri akhir-akhir ini, Wak menerusi akaun Instagram menyatakan kekesalan dan kesedihan hatinya..
“Apalah nasib aku ini satu demi satu haters nak menjatuhkan aku. Aku famous macam ini selama tiga tahun bukan aku yang minta jadi sampai sekarang. Ini semua dah ditentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku.
“Untuk membahagiakan keluarga aku tak pernah kacau hidup orang, selama ini ada orang yang susah kita sesama Islam bantulah sedikit sebanyak. Dalam hal yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya sekiranya kita berlaku baik, adil dan saksama.
“Bukan aku mintak nak jadi famous hinggakan orang benci tuduh aku yang bukan-bukan kerana aku sudah berjaya,” luah Wak.
Sebelum ini, Wak atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Shah Mohd Nor pernah terpalit isu panas gara-gara komen berbaur lucah yang ditinggalkan pada gambar aktres seksi Kilafairy.
Tak diam di situ, timbul pula isu mengatakan Wak Doyok mengamalkan hubungan songsang atau dalam kata mudah meminati kaum sejenis iaitu gay.
Mungkin hanya dengan mengambil pendekatan membuat laporan polis nama Wak Doyok yang kini sedikit sebanyak tercemar dengan isu-isu panas boleh dibersihkan.
Apa pun terkait dengan isu-isu kontroversi yang boleh menjatuhkan nama seperti ini pastinya sesuatu yang akan cuba dihindari oleh seseorang yang bergelar selebriti dan public figure.
– MYNEWSHUB.CC
SEBUAH pesawat komersial Air Malta dikesan melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi di udara yang berjaya dikesan oleh Flightradar24 di Kepulauan Mediterranean.
Berikutan tindakan itu, ramai pemerhati penerbangan bingung dengan tindakan juruterbang pesawat jenis AMC14JC itu.
Terdapat juga daripada mereka yang menyifatkan tindakan itu sebagai publisiti merbahaya yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Tindakan itu dipercayai dilakukan secara sengaja oleh Air Malta kerana syarikat itu telah mengadakan promosi ‘Penerbangan Cinta’ pada Februari lalu sebagai cara istimewa dan unik untuk menyambut hari kekasih.
Ketika pesawat itu dirakam melakukan dua bentuk ‘love’ gergasi, terdapat dua penerbangan komersial lain menuju ke lokasi tersebut dan ia boleh menimbulkan bahaya.
Syarikat Air Malta yang diminta memberi respon terhadap insiden itu bagaimanapun dilapor mendiamkan diri ketika ini.
BERTELANJANG bulat mungkin bukan sesuatu yang memalukan buat seorang wanita yang menetap di negara jiran Singapura ini.
Manakan tidak, dia mempunyai hobi berbogel di tempat awam sebelum berkongsikan gambar tersebut dengan bangganya di laman Tumblr.
Terbaharu, aksi wanita tersebut dikongsikan di forum-forum dan laman web Stomp,bergambar tanpa seurat benang pun di beberapa kawasan awam termasuk di tengah-tengah jalan sekitar Singapura.
Terdapat saksi mengatakan, wanita itu yang turut disertai pasangannya, bukan sahaja bergambar bogel malah melakukan aksi seks di kawasan awam terbabit.
Begitu pun kebanyakan anggota masyarakat yang menyaksikan perlakuan tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan mereka dan beredar walaupun terkejut.





Sebelum gambar ‘siri bogel’ di atas, wanita sama pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen seberang apabila aksinya berbogel dan hanya memakai topeng Santa di satu kawasan parkir awam tersebar.
Kami syak mungkin wanita ini rasa ‘hot’ bila gambarnya sebelum ini menjadi viral jadi dia nak mengulang kemasyhuran dengan cara sama la kot.. harap-harap jangan ada lak orang Malaysia yang tiru ye?

– MYNEWSHUB.CC

AKSI Madonna mencium bibir penyanyi rap Drake selesai mereka membuat persembahan di Festival Muzik Coachella 2015 baru-baru ini telah menjadi viral serata dunia.
Selain terkejut melihat Madonna tiba-tiba mencium Drake, ramai berasa pelik dengan respon Drake tak lama selepas ciuman itu yang seolah-olah kesal dengan insiden berkenaan.
Susulan itu Drake tampil memberi penjelasan mengenai reaksi yang ditunjukkan olehnya itu menerusi Instagram.
Bersama gambarnya bercumbu dengan Madonna di atas pentas Drake menjelaskan situasi sebenar yang dia alami.
‘Don’t misinterpret my shock!! I got to make out with the queen Madonna and I feel 100 about that forever. Thank you Madonna.’
Itulah yang ditulis oleh Drake, dalam erti kata lain dia berharap peminat tidak salah anggap terhadap reaksinya selepas adegan cumbu itu kerana perasaannya terkejut dan bercampur baur selepas dicium oleh ‘diva’ seperti Madonna.
Bagaimanapun menurut sumber, Drake mengekspresikan reaksi sebegitu kerana gincu yang dipakai oleh Madonna.
Ramai berpendapat adegan itu sudah dirancang tetapi ia dinafikan Drake.