Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Isu Twitter: Wak Doyok Mahu Lapor Polis Sebab Difitnah Kena Isap
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SUSULAN satu kenyataan Twitter oleh seorang lelaki yang mendakwa pernah menjadi ‘skandal’ kepada ikon fesyen Wak Doyok, Mynewshub cuba mengatur pertemuan dengan figura berusia 35 tahun itu untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya.
Namun Wak memaklumkan, dia kini berada di Johor Bahru atas tuntutan kerja.
Berkaitan isu di atas, Wak telah memberikan komen bahawa ianya satu fitnah dan akan membuat laporan polis tidak lama lagi.
Laporan polis bakal dibuat Wak memandangkan tohmahan dilemparkan individu dikenali sebagai Zaheed Shah Jaafar di laman makro itu dianggap keterlaluan dan menjejaskan nama baiknya.
Terkilan dengan semua kontroversi dan fitnah yang tak henti-henti melanda diri akhir-akhir ini, Wak menerusi akaun Instagram menyatakan kekesalan dan kesedihan hatinya..
“Apalah nasib aku ini satu demi satu haters nak menjatuhkan aku. Aku famous macam ini selama tiga tahun bukan aku yang minta jadi sampai sekarang. Ini semua dah ditentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku.
“Untuk membahagiakan keluarga aku tak pernah kacau hidup orang, selama ini ada orang yang susah kita sesama Islam bantulah sedikit sebanyak. Dalam hal yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya sekiranya kita berlaku baik, adil dan saksama.
“Bukan aku mintak nak jadi famous hinggakan orang benci tuduh aku yang bukan-bukan kerana aku sudah berjaya,” luah Wak.
Sebelum ini, Wak atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Shah Mohd Nor pernah terpalit isu panas gara-gara komen berbaur lucah yang ditinggalkan pada gambar aktres seksi Kilafairy.
Tak diam di situ, timbul pula isu mengatakan Wak Doyok mengamalkan hubungan songsang atau dalam kata mudah meminati kaum sejenis iaitu gay.
Mungkin hanya dengan mengambil pendekatan membuat laporan polis nama Wak Doyok yang kini sedikit sebanyak tercemar dengan isu-isu panas boleh dibersihkan.
Apa pun terkait dengan isu-isu kontroversi yang boleh menjatuhkan nama seperti ini pastinya sesuatu yang akan cuba dihindari oleh seseorang yang bergelar selebriti dan public figure.
– MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments