Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pengkid Wanita ‘Sado’ Ini Ungguli Carta Majalah Pencarian Model Lelaki
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LELAKI transgender ini mungkin akan menjuarai pencarian model cover majalah Men’s Health2015 yang sedang berlangsung sekarang ini.
Aydian Dowling yang dahulunya wanita sebelum melakukan operasi, kini mendahului carta dengan lebih 20 ribu undian, meninggalkan calon yang berada di tangga kedua yang hanya memperoleh lebih 7 ribu kutipan undian setakat ini.

Menurut sumber, Aydian mula mengungguli carta selepas komuniti transgender dan sekutu lain di laman sosial seperti Tumblr bersatu memberi sokongan padu dengan mengundinya.
Aydian berkata dia sangat terkejut dengan sokongan diterima kerana tidak sangka akan mendapat sokongan daripada komuniti itu.
“Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan fit selalu, selain itu saya juga amalkan cara pemakanan sihat untuk kekalkan kecergasan,” katanya.

Model lelaki yang dicari untuk mengisi ruangan muka depan majalah Men’s Health itu perlu memenuhi ciri-ciri tertentu termasuk memiliki fizikal yang cergas, mengamalkan gaya hidup sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments