Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



IRELAND - Satu penemuan kubur besar yang mengandungi kira-kira 800 bayi di Ireland telah mengejutkan dunia . Kubur tersebut ditemui berada di dalam tangki septik sebuah rumah, bersebelahan dengan rumah perlindungan anak dari para ibu yang tidak berkahwin .

Kesimpulan mengenai kubur besar ini bahawa jasad ratusan bayi itu kemungkinan diletakkan dalam tangki , yang kemudian dikebumikan di bekas rumah yang dihuni oleh para biarawati Katolik di Tuam , County Galway .

Mirror melaporkan, Rabu ( 4/6/2014 ) , anak - anak ini semuanya diyakini telah meninggal akibat sakit atau terkena wabak penyakit di antara tahun 1926 dan 1961 . Kini Bangunan ini telah dirobohkan tahun lalu dan berganti berganti dengan sebuah perumahan.

Kubur besar ini terungkap setelah adanya sebuah kajian oleh seorang wanita , yang merupakan warga tempatan , bernama Catherine Corless . Berdasarkan catatannya menunjukkan , tangki septik rumah itu diubah dengan tujuan menanam mayat . Tulang pertama yang ditemui pada 1975 , adalah ketika simen yang meliputi tangki itu dipecahkan .

Catherine terkejut dengan apa yang ditemuinya . Dia melihat semua jasad anak - anak yang ditanam di tempat tersebut dan menamakan kubur besar-besaran itu sebagai " Rumah Anak , Tuam " .

" Hanya ada satu anak yang dikuburkan di plot keluarga di tanah perkuburan Tuam . Begitulah cara saya meyakini , ada 796 anak - anak di kubur besar itu. Kemungkinan ibu dari anak - anak yang dikebumikan ini adalah gadis - gadis yang lari dari rumah keluarganya . Mereka tidak pernah kembali , " ujar Catherine .

Sumber: okezone.com

Bila bergelar artis, bukan diri sendiri sahaja jadi perhatian orang ramai tapi adik beradik juga tak lepas dari aura popular.
Contohnya pelakon cantik Neelofa, keindahan wajah adiknya yang dikenali sebagai Ameera kini mula disebarkan di laman-laman sosial terutama oleh kaum Adam.
Cuma tak sedapnya, ada gambar yang disebarkan mempromosi ‘kapsyen’ adik Neelofa sedang memasak dengan hanya memakai baju nipis paras lutut.
Sampai begitu sekali pemerhatian dilakukan ya?

Apa pun tak dapat dinafikan adik Neelofa ini memang cantik sungguh.
Cuma sayang… nampak saja macam dah matang tapi usianya baru 13 tahun. Banyak tahun lagi nak kena tunggu baru boleh ngorat oi! –


Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.




Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam.

Sebuah kereta jenis Subaru Impreza dilaporkan terbakar di Seksyen 15, Shah Alam jam 11.30 pagi tadi.

Anggota bomba yang dipanggil bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
Insiden yang berlaku tidak jauh dari Bulatan Pesiaran Kayangan itu bagaimanapun membuatkan kereta terbabit kelihatan hampir musnah keseluruhannya.


Berdasarkan saksi, api mula dikesan dari bahagian enjin kereta sebelum merebak menjadi marak.
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar sampai kereta boleh terbakar begitu sekali namun takziah kami ucapkan kepada pemilik kereta terbabit

Kowloon – Bapa kepada model dan pelakon Hong Kong, Liddy Li, yang mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon Malaysia, Lee Sinje, telah membunuh diri sendiri selepas mengamuk di apartmennya.
Li Tak yan, 51, turut membunuh salah seorang jirannya dan melepaskan tembakan ke arah polis, dalam kes yang memakan masa selama 12 jam itu.
Ia berakhir apabila pasukan polis dari unit khas dikenali sebagai Flying Tigers menyerbu masuk ke rumah tersebut dan Tak Yan menembak dirinya.
Polis kini menyiasat punca kejadian itu, sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pembongkaran skandal anaknya, Liddy dengan suami Sinje, yang juga seorang pengarah filem, Oxide Pang.
Kes itu bermula pada 11 malam Sabtu lalu apabila Tak Yan mengikut jirannya, Liu ke dalam lif di apartmen tesebut menuju ke tingkat 21.
Sebaik sahaja jirannya membuka pintu rumah, Tak Yan telah menembaknya sebanyak tiga kali dan kemudian kembali ke rumahnya di tingkat 11.
Polis kemudiannya mengosongkan unit di tingkat 11 dan lelaki itu kemudiannya berdiri di luar tingkap dan mula menembak polis.
Hubungan sulit Libby dan Pang telah terbongkar selepas gambar mereka berdua-duaan didedahkan. Pang kemudiannya balik ke Malaysia untuk memujuk Sinje.
Pang kemudiannya memohon maaf kepada isterinya dan mengakui kesalahannya.
Dalam pada itu, Liddy yang ditemani oleh adik dan ibunya telah mengunjungi rumah mayat bagi mengenalpasti mayat tersebut.


RASANYA, semua pengguna jalan raya sudah tahu akan bahayanya melanggar lampu isyarat merah.
Namun, dek kerana degil dan terlalu yakin tiada perkara buruk yang akan menimpa mereka, ramai yang mengingkari peraturan ini.
Kemalangan yang berlaku di hadapan Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam semalam mungkin boleh dijadikan iktibar oleh para pengguna jalan raya.
Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang dan pembonceng motosikal parah selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.
Bagaimanapun, menerusi komen seorang pengguna di Facebook Daily Traffic Report, mangsa dikatakan cuba mengelakkan diri daripada dikejar oleh pihak polis ketika kejadian.
Beberapa gambar turut dikongsikan untuk tatapan umum:




Hari ini boleh dikatakan setiap orang terutama pelajar dan orang yang sudah bekerja mempunyai USB Flash Drive. Namun tahukah kita siapakah mencipta alat ini?
Pada hari ini USB Flash Drive merupakan antara benda yang paling penting dan dianggap sebagai satu keperluan terutamanya pelajar dan pekerja. Jika anda masih ingat lagi pada ketika itu USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?

Penciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.

Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.
Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.
Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.


Poland – Isu keselamatan kini menyelubungi White House apabila gambar Presiden Barack Obama sedang bersenam di sebuah gim persendirian ketika lawatannya ke Poland, telah tersebar.
Pakar keselamatan Amerika Syarikat kini sedang menyiasat bagaimana gambar itu boleh dirakamkan secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa.
Ia menunjukkan Obama berada di gim di Hotel Marriott ketika berehat daripada jadual padatnya di bandar Warsaw.
Obama kemudiannya naik ke di bilik hotel mewah itu yang bernilai $1,500 semalam di tingkat atas hotel setinggi 40 tingkat itu, untuk berehat.
Dalam pada itu, seorang jurugambar tempatan, Marek Kwiatkowski berkata kemungkinan gambar itu dirakamkan oleh kamera tersembunyi.
“Saya tahu gim itu dan adalah sukar untuk merakamkan gambar dari luar. Mungkin orang yang mengambilnya mempunyai orang di dalam atau mereka meletakkan kamera tersembunyi,’’ katanya.
Obama, yang tiba di Poland semalam, akan bertemu dengan Presiden Ukraine yang baru, Poroshenko.

Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain.

Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing.

Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom.

Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks.

“Apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Filth.

Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi.

“Ia mempunyai rasa metalik,” katanya.

Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja.

Tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain.

“Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah,” kata Pyretta.

Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat.

Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa.

“Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya.

Menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat.

“Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal.

“Kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih,” katanya.

Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks.

“Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks.

Kami amat bertanggungjawab,” katanya.


PETALING JAYA:  Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.

Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," jelasnya kepada mStar Online.

Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.

Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.


Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu.

"Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.

Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu  kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.

"Saya seorang yang ‘hati kering’ dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.

"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya.

Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.

"Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan," ujarnya.



KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi  di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana.

"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde," ujarnya.

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).



Blurton (Staffordshire): Seorang pemandu mabuk sanggup menyembunyikan dirinya dalam longgokan baja bagi mengelak daripada ditahan polis.
Jake Hart, 22 didakwa memandu selaju 90 kilometer sejam, termasuk di laluan pejalan kaki apabila dikejar oleh sebuah kereta peronda.
Dia dipenjara enam bulan semalam selepas mengaku kepada mahkamah di Stoke-on-Trent mengenai kesalahannya memandu secara berbahaya dalam keadaan mabuk.
Mahkamah sebelum itu diberitahu Hart dan rakannya membeli kereta berkenaan dengan niat membaiki dan kemudian menjualnya semula.
Ketika memandu kereta berkenaan pada 12 April, polis mengarahkan mereka berhenti kerana lampu brek tidak berfungsi.
Bagaimanapun apabila polis membunyikan siren, Hart terus memecut.
Dia enggan memperlahankan keretanya dan melanggar bonggol.
Sejurus selepas itu, dia melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan lalu meninggalkannya.
Mereka berdua ditemui polis bersembunyi di bawah timbunan baja di Taman Longton.
Hart mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk, memandu berbahaya dan memandu tanpa insurans.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim David Fletcher memberitahu, Hart bertindak bodoh.
“Kamu hanya akan didenda kerana tidak mempunyai lampu brek dan memandu tanpa insurans,” katanya.

Riyadh: Sebuah kedai pastri memohon maaf apabila seorang pekerjanya membuat kek yang menjatuhkan maruah anggota pasukan pencegah maksiat.
Kek itu direka dengan menggambarkan trak anggota pasukan itu yang dipandu dan mengangkut sekumpulan wanita.
Menurut media sosial Arab Saudi, negara yang melarang wanita memandu, mengecam kek berkenaan dan pengguna berkata ia memperlekehkan anggota pasukan itu yang digambarkan menggunakan van untuk mengejar trak berkenaan.
Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah syarikat Sa’adeddine Sweets, mengatakan mereka kesal terhadap kejadian itu dan memecat pekerja yang menghasilkan konsep dan membuat kek kontroversi itu.
“Ia dilakukan seorang pekerja yang menyiapkan kek itu atas permintaan seorang pelanggan wanita,” katanya.
Omar berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan oleh media tempatan Sabq Selasa lalu.
- Agensi Syarikat itu menegaskan mereka tidak bertanggungjawab dan menjalankan siasatan yang membawa kepada pemecatan pekerja berkenaan.

- Agensi

DATO Rosyam Noor yang sememangnya selalu merahsiakan keluarganya kepada media memang tidak suka mencampurkan urusan keluarga dan kerja. Rosyam Noor seakan-akan merahsiakan keluarganya kepada umum.
Penulis akan sajikan anda gambar-gambar anak Rosyam Noor yang cantik lagi cun ni.. Anak Rosyam Noor dengarnya semuanya perempuan. Jadi lelaki kat luar sana, korang pilih la mana yang berkenan, mana tau kalau-kalau ada jodohkan
Jom kita layan gambar-gambar keluarga Rosyam Noor..






Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.
“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.


“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan.
Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam.

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi,
Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.
Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.
“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.