Poland – Isu keselamatan kini menyelubungi White House apabila gambar Presiden Barack Obama sedang bersenam di sebuah gim persendirian ketika lawatannya ke Poland, telah tersebar.
Pakar keselamatan Amerika Syarikat kini sedang menyiasat bagaimana gambar itu boleh dirakamkan secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa.
Ia menunjukkan Obama berada di gim di Hotel Marriott ketika berehat daripada jadual padatnya di bandar Warsaw.
Obama kemudiannya naik ke di bilik hotel mewah itu yang bernilai $1,500 semalam di tingkat atas hotel setinggi 40 tingkat itu, untuk berehat.
Dalam pada itu, seorang jurugambar tempatan, Marek Kwiatkowski berkata kemungkinan gambar itu dirakamkan oleh kamera tersembunyi.
“Saya tahu gim itu dan adalah sukar untuk merakamkan gambar dari luar. Mungkin orang yang mengambilnya mempunyai orang di dalam atau mereka meletakkan kamera tersembunyi,’’ katanya.
Obama, yang tiba di Poland semalam, akan bertemu dengan Presiden Ukraine yang baru, Poroshenko.
No comments
Post a Comment