Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


M2M ialah kumpulan muzik yang popular sekitar tahun 2000 selepas lagu Don't Say You Love Me mereka digunakan di dalam filem Pokemon. Kumpulan yang berasal dari Norway ini sudah wujud sejak tahun 1992 dan dianggotai Marit Larsen dan Marion Raven (29). Nama asal kumpulan mereka ialah Marit And Marion tetapi diubah kepada M2M supaya lebih komersil. 

Mereka mengeluarkan dua album iaitu Shades of Purple dan The Big Room. Selepas album kedua mereka gagal mencapai sasaran jualan, M2M berpisah pada tahun 2002. Marit Larsen berhenti menyanyi untuk menamatkan sekolah menengah manakal Marion Raven terus menjadi artis solo. 

Marit hanya kembali menyanyi pada tahun 2005 dan kedua-dua penyanyi ini kini menuruskan kerjaya sebagai penyanyi solo. 




Memang seperti tidak berbaloi bagi mereka yang terlibat semasa perarakan dipanggil "Cullatori" sambil mengangkat kayu berat sepanjang lorong di Nola, Selatan Itali. Jika anda lihat gambar diatas, Ini adalah kesan daripada beban yang berlebihan dikenakan pada bahu seseorang. 


Wowwwww... Perempuan nih takde perasaan malu ker? Pergi Shopping kat supermarket pun pakai singlet dan seluar dalam. Macam-macam hal la... 

Universiti Puteri Nora Bin Abdul Rahman yang terletak di Riyadh Arab Saudi ialah universiti khas untuk wanita yang terbesar di dunia. Universiti ini dibuka pada tahun 1970 tetapi kini mempunyai kampus gergasi moden dengan keluasan lantai 1 000 000 meter persegi. Ianya dirasmikan oleh Raja Abdullah pada tahun 2011 dan mampu menempatkan 40 000 mahasiswi dan 12 000 tenaga pekerja. 

Tedapat 32 kampus , hospital 700 katil, sebuah pusat sukan, sekolah rendah dan menengah (untuk anak-anak pelajar), masjid, pusat sumber gergasi dan sistem keretapi automatik sepanjang 11.2 kilometer. Sistem keretapi ini menjadi sistem pengangkutan utama untuk pelajar bergerak di dalam universiti ini (wanita tidak boleh memandu di Arab Saudi). Selain itu kesemua 32 orang pekerja stesen keretapi ini juga adalah wanita. Pusat sumber gergasi universiti ini pula mampu memuatkan 4.5 juta buah buku untuk kegunaan pelajar. 

Tambah impresif 18% tenaga elektrik kampus dijana menggunakan panel solar dan menjadikan Universiti Puteri Nora universiti paling mesra alam di dunia. Pembinaan universiti ini juga pantas kerana hanya 2 tahun diperlukan untuk membangunkan kawasan seluas 8 juta meter persegi ini. 




Laporan asal Wikipedia
Wowwww !! Pantai merupakan tempat paling popular semasa musim panas, tapi yang peliknya di negara China, Algae yang tumbuh disepanjang pantai tersebut telah menarik banyak pengunjung. Sebab? Mereka nak berendam dan bermain dengan Lumut.. Hobi yang pelik kan??



Kerana Lukisannya, Budak Ini Peroleh Pendapatan RM 8 Juta seawal usia 10 tahun, budak ini sudah peroleh pendapatan RM8juta, sudah pasti korang berasa hairan akan kemahiran yang dimilikinya.

Beliau merupakan seorang prodigi lukisan Kieron Williamson kini telah memperolehi pendapatan sekitar RM7juta hingga ke RM8juta dari hasil jualan lukisannya. Kieron telah mula menunjukkan bakat melukis pada umur 5 tahun dan telah membuat beberapa pameran lukisan di sekitar bandar Norfolk di England dan telah menjual 23 buah lukisan pada harga £242,095 ( hampir RM1juta ) .

Kieron mula meminati bidang melukis seawal usia 6tahun. Pendapatannya yang tinggi membuatkan beliau semakin didorong ahli keluarganya kerana kehidupan mereka agak susah suatu ketika dahulu. Kini, Mereka sudahpun memiliki harta yang amat mewah dan kesenangan hidup atas bakat hebat ciptaan tuhan ini.

Kieron juga telah diberikan jolokan nama Mini Monet kerana bakat melukisnya dan duit dari hasil jualan lukisan itu diuruskan oleh ibu bapanya.




Gembira Masih Diterima Sebagai Penyanyi
PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein mengakui gembira apabila lagu baru nyanyiannya berjudul Bersabarlah Hati mendapat sambutan yang menggalakkan.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, perkara tersebut membuatkannya lebih yakin untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian semula.
“Alhamdulillah, saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah untuk penyanyi yang sudah lama tidak keluar dengan lagu baru kembali semula dalam bidang nyanyian.
“Saya bersyukur dapat lagu yang bagus daripada komposer Manusia Putih yang mendapat sambutan daripada pendengar di stesen-stesen radio,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Kata Elly, promosi besar-besaran terhadap lagu tersebut akan dilakukan selepas Hari Raya ini.
“Saya belum buat apa-apa promosi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama.
“Insyaallah, promosi akan dibuat selepas Hari Raya ini,” katanya.
Sementara itu, Elly yang sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudulMencari Cinta untuk RTM mengakui agak terkilan kerana terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon untuk drama keluaran pada Hari Raya.
“Drama Mencari Cinta ini sebanyak 40 episod jadi saya terpaksa menolak benyak tawaran untuk telefilem raya.
“Penggambaran banyak dilakukan dalam dan luar negara, sebab drama ini juga promosi lagu itu pun tertangguh.
“Insyaallah selepas habis penggambaran baru boleh rangka balik jadual, setakat ini saya memang suka fokus pada satu kerja dan tidak suka ambil banyak-banyak tawaran dalam satu masa,” katanya. – mStar
Anggota Polis Maut Dirempuh Kereta
KOTA BAHRU – Seorang anggota polis maut dalam nahas jalan raya di Simpang Empat, Kampung Paya Rambai di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Jembal di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, L/Kpl Farulazli Rosdi, 27, yang bertugas di Balai Polis Tumpat, sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC sebelum dikatakan bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama lalu terbabas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata mangsa maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lagi kereta jenis Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan.
“Difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Sri Lambak, Kluang, Johor itu selesai bertugas pada 5 petang dan ketika kejadian, mangsa masih memakai uniform polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Farulazli yang berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis meninggalkan seorang isteri, Nur Farahudanadirah Ya, 26.- BERNAMA
Jennifer Aniston Nafi Hamil
PELAKON Hollywood, Jennifer Aniston menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya sedang hamil.
Aniston memberitahu ia kelihatan seperti hamil ekoran berlaku pertambahan berat badan sebanyak beberapa kilogram.
“Tidak. tidak ada apa-apa yang perlu diumumkan,” kata Aniston dalam satu temu bual radio.
Pelakon berusia 44 tahun itu juga menafikan laporan yang mengatakan dirinya dan tunangnya, Justin Theroux bakal berkahwin, hujung minggu ini.
Mengulas lanjut soal itu, Aniston berkata: “semua ini agak meletihkan. Kenapa tidak kita tunggu sehingga kami mempunyai sesuatu untuk diumumkan.” – Sinar Harian
Gadis 14 Tahun Mabuk, Dara Dinoda
PIHAK berkuasa di Afrika Selatan kini sedang menyiasat berkenaan laporan seorang gadis berusia 14 tahun yang mendakwa mengalami serangan seksual yang dilakukan oleh seorang penyanyi Britain.
Gadis tersebut yang merupakan Pegawai Eksekutif Pemasaran mendakwa lelaki tersebut dengan sengaja memberinya arak sebelum ‘mengambil’ dara gadis itu di sebuah hotel di Cape Town.
Gadis tersebut telah membuat aduan di Scotland Yard’s Operation Yewtree dimana maklumat laporan itu dipindahkan ke pihak berkuasa Afrika Selatan.
Pihak berkuasa Afrika Selatan dikatakan sedang membuat persiapan temubual gadis itu serta menyiasat laporan yang dibuat.
Pihak berkuasa di Operation Yewtree memneritahunya bahawa kertas laporan tersebut akan dipinndahkan ke pihak berkuasa Afrika Selatan.
“Dia mencium saya beberapa kali, menambah arak (champagne) dan membuka baju saya atas katil, dan berkata saya cantik dan istimewa.
“Dia suruh saya bertenang dan berkata ia tidak akan sakit jika saya bertenang. Dia tahu yang saya dibawah umur,” jelas gadis tersebut.
Malah, gadis itu turut menyifatkan bahawa lelaki tersebut seolah-olah sedang bercinta dengannya.
Sumber: Mirror.co.uk
Rompakan Petang Raya Di Sabak Bernam
KETIKA tuan rumah keluar beraya, seorang lelaki mengambil kesempatan memecah masuk dan mencuri di Kampung Kg Banting, Sabak Bernam, Selangor pada petang hari raya pertama.
Dalam rakaman direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, suspek yang memakai pakaian kurta putih dilihat mengumpulkan beg sandang ditemui di rumah yang dipecah masuk lalu memuatkannya dengan barangan yang dipilih untuk dirembat.
Menurut tuan punya rumah yang dikenali sebagai En Hakim, antara barangan dilarikan pencuri berkenaan adalah komputer riba dan telefon bimbit.
Kepada yang mengenali suspek dalam rakaman ini, anda diminta menghubungi pihak polis atau menyalurkan maklumat di laman Facebook  Malaysian Crime Awareness Campaign.
Sumber: Malaysian Crime Awareness Campaign
Gambar Aaron Aziz Bercuti Di Hong Kong
PELAKON hebat, Aaron Aziz telah terpilih mewakili Malaysia dalam Visa go Hong Kong Super Shopper 2013 yang diadakan ketika dalam bulan puasa hari itu, 29-31 Julai 2013. Apa yang menarik, Aaron bersama seorang peminat bertuah dari Hong Kong iaitu Michell Ching berpeluang berjalan keliling Hong Kong.
Visa go Hong Kong Super Shopper 2013 telah dijalankan dalam format memburu harta di mana peserta hrus mengikut arahan untuk melawat dan menyelesaikan tugas-tugas di beberapa tempat di Hong Kong, yang memerlukan mereka untuk  berkongsi gambar dari lawatan mereka pada platform media sosial.
Aaron Aziz berkata dia benar-benar teruja dengan pengalaman baru ini, “Hong Kong adalah seperti rumah kedua bagi saya dan saya begitu teruja untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ini untuk mewakili Malaysia bersama Michell Ching . Berjalan dan berjalan di sekitar Hong Kong dalam tempoh Ramadhan yang pastinya satu cabaran yang sukar tetapi itu semua berbaloi. Kami berjaya untuk menyelesaikan semua tugas-tugas dan pada masa yang sama melihat tempat-tempat baru di Hong Kong”!
1
2
3
4
5
6
Lelaki Yang Tergelak Sepanjang Masa
SEORANG lelaki berusia 63 tahun di Cannock, Staffordshire, UK adalah manusia yang tidak pernah berasa sedih dalam hidup.
Malcolm Myatt, menjadi begitu kesan penyakit strok yang dihidapinya.
Menurut Myatt, dia masih ingat yang dia pernah menjadi seperti manusia normal lain – berasa sedih apabila berlaku perkara yang tidak diingini namun kini dia tidak lagi dapat merasa emosi sedih itu.
Sebaliknya, dia sentiasa rasa gembira malah kadangkala tanpa sebab yang khusus.
Segala-galanya bermula selepas Myatt diserang strok pada 2004 hingga terlantar di hospital selama 19 minggu. Kesan serangan tersebut, bahagian yang mengawal emosi di otak Myatt rosak buat selama-lamanya.
Dia juga hilang upaya di bahagian lengan kiri dan tidak mampu berjalan jauh kerana terpaksa menggunakan tongkat.
Keluarga tidak menghadapi masalah dengan ‘kegembiraan’ sepanjang masa dipamerkan Myatt, cuma mereka berharap keadaannya difahami orang sekeliling di waktu-waktu tertentu seperti majlis pengebumian. 
Sumber: Metro UK


Pelakon baru Bo Amir nyata teruja apabila berpeluang menceburi bidang lakonan menerusi filem "Kara King" di bawah arahan Namewee yang telah pun ditayangkan di pawagam pada 1 Ogos lalu. 

"Saya sentiasa tertanya-tanya jika watak yang ditawarkan baik untuk pengalaman hidup saya atau tidak. Namun saya gembira dan teruja kerana menerimanya dan berpeluang membintangi filem ini. Jika berkesempatan, saya mahukan watak yang lebih kompleks pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui baru-baru ni. 

Bagi yang kurang mengenalinya, Bo Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Iqram adalah seorang pemuzik tempatan dan mempunyai kumpulan sendiri iaitu Bedroom Sanctuary. 

Walaupun kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Bo Amir, 27, memberitahu fokus utamanya tetap pada dunia muzik. 

"Fokus saya masih dalam muzik. Saya masih mencuba mencapai matlamat saya untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam dunia muzik electronic dance music (EDM) sebagai Mr. Fluff bersama Vicious Recordings," akhirinya. 


Pengarah filem terkemuka, Sanjay Leela Bhansali menafikan desas-desus bahawa pelakon jelita Aishwarya Rai baru-baru ini telah membuat penggambaran babak tarian dalam filem terbarunya, "Ram Leela". 

Seperti yang dilaporkan di Gulf News, Bhansali menolak tanggapan yang mengatakan aktres tersebut berniat untuk membuat kemunculan kembali dalam filem terbarunya memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam "Hum Dil De Chuke Sanam", "Devdas", dan "Guzaarish" sebelum ini. 

Sanjay Leela Bhansali (kiri) bersama Aishwarya Rai dan Hrithik Roshan.

"Sebelum ini orang kata Sonakshi Sinha yang akan terlibat dalam projek saya, kemudian Madhuri Dixit. Sekarang Aishwarya pula. Tidak satu pun desas-desus tersebut benar," jelas Bhansali. 

Sementara itu, sumber terdekat Aishwarya memberitahu bahawa pelakon tersebut masih sedang meneliti skrip-skrip yang sesuai untuk projek kemunculan semulanya. Namun begitu, fokus utama Aishwarya adalah anak perempuan sulungnya, Aaradhya. 


Seiring dengan peredaran semasa, syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara, Ninetology Marketing Sdn Bhd telah melancarkan siri telefon pintar U9 yang menampilkan tiga buah model iaitu X1, Z1 dan Z1+. 

Dilengkapkan dengan peranti terbaru dan reka bentuk moden, telefon pintar U9 sesuai untuk mereka yang inginkan kemudahan tahap tinggi serta kepantasan bagi menjalani kehidupan seharian. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing, Sean Ng, mereka berharap dapat mengukuhkan nama mereka serta memperolehi pasaran yang lebih besar dalam kategori telefon pintar dengan memperkenalkan siri U9 ini. 

"Ini hanyalah sebagai permulaan. Tidak lama lagi kami merancang untuk memberikan pelbagai jenis telefon pintar dengan prestasi tinggi yang dikeluarkan untuk keperluan pelanggan. 

"Tiga model yang diperkenalkan ini mewakili kehebatan U9. Ia dihasilkan dengan memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan oleh pengguna, termasuklah kehendak dan gaya hidup mereka, peranti mudah alih pilihan serta konsep canggih," ujar Ng yang ditemui ketika majlis pelancaran baru-baru ini. 


Dilengkapi dengan Android 4.2 dan pemproses MediaTek MT 6589 1.2GHz Quad-core, siri U9 ini sesuai untuk mereka yang gemar menonton video, permainan dan kandungan lain kerana ia pantas dan memiliki skrin paparan antara yang terbesar untuk telefon pintar di pasaran iaitu 4.8 hingga 5.7 inci. 

Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 12 dan 13 megapiksel serta fungsi dual camera yang membolehkan penggunaan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak. 

Siri U9 turut menampilkan rekaan bentuk moden, nipis dan ringan (X1: 10mm, 160g ; Z1: 9.3mm, 191g ; Z1+: 9mm, 158g)serta tahan lasak dengan pemasangan cermin Gorilla Glass 2 untuk model Z1 dan Z1+. 


Ketiga-tiga model ini akan dijual dengan harga lingkungan RM1,099 hingga RM1,299 di semua pengedar telefon pintar utama serta di cawangan pertama di Low Yat yang bakal dirasmikan pada pertengahan Ogos ini. 

Pada majlis pelancaran tersebut, Ninetology turut memperkenalkan duta terbaru siri U9 ini iaitu penyanyi Mandopop popular Malaysia, Z-Chen. 



Dek kerana sibuk dengan kariernya dalam industri hiburan tanah air, penyanyi rock dan pelakon Awie yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan butik Malai Rock Station tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk promosi. 

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Awie yang menjual kemeja-T rekaan corak dari Jepun dikenali sebagai Shiroineko telah mengusahakan perniagaan butik ini sejak lima tahun yang lalu. 

"Saya tidak dapat lakukan sebarang promosi kerana masih mencari tempat dan masa yang sesuai selain mahu mengukuhkan nama syarikat terlebih dahulu. Buat masa ini butik ini ada di Plaza Idaman, Gombak dan Fiesta, Ampang (sebelum ini dikenali sebagai Axis Atrium)," ujar Awie. 

Awie bakal membuka cawangan Malai Rock Station di luar kawasan
Lembah Klang tidak lama lagi.
[Kredit gambar: Harian Metro]

Menurut Awie, Malai Rock Station yang dibuka demi isterinya, Ruzana Misbun, akan turut mempunyai cawangan di luar kawasan Lembah Klang seperti Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan juga Kuantan kerana mendapat permintaan tinggi daripada peminat. 

Bercerita mengenai kariernya pula, Awie memberitahu syarikatnya iaitu Awie Entertainment Sdn Bhd akan menganjurkan konsert Wings pada Mac tahun depan di Istana Budaya bersama tiga artis undangan yang masih dirahsiakan. 

Bagi misi tahun 2014 pula, Awie juga ingin bergelar penerbit dengan membuka sebuah syarikat produksi iaitu Red Hawk Pictures dan kini sedang mencari pelabur untuk menerbitkan filem. 
Setenil de las Bodegas, Sepanyol dihuni kira-kira 3,000 
orang penduduk yang tinggal di bawah bongkah batu.

Masyarakat di seluruh dunia ada yang memilih untuk tinggal di beberapa tempat unik, aneh dan ekstrem, misalnya bandar di dasar gunung berapi.
Setenil de las Bodegas, Sepanyol juga salah satu lokasi unik itu.

Ironinya, bandar tersebut kelihatan seperti bandar yang telah dilanggar oleh meteor besar.

Tanggapan itu boleh dibuat kerana kira-kira 3,000 orang di Setenil de las Bodegas tinggal di bawah bongkah batu.

Luas bandar itu ialah 82 kilometer persegi dan terletak di wilayah Cadiz, timur laut Sepanyol.

Bandar itu dibina sepanjang jurang yang terbentuk akibat hakisan air Sungai Trejo Rio.

Namun, bukan sekadar Setenil de las Bodegas menjadi bandar yang eksentrik di dunia.

Antaranya ialah Mezhgorye yang merupakan sebuah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw didirikan pada tahun 1979 pada ketinggian 1,640 meter.

Bandar itu pernah didakwa Amerika Syarikat sebagai lokasi pembuatan senjata nuklear sehingga ia diawasi oleh satelit pada tahun 1990.

Namun, bekas negara komunis itu mendakwa Mezhgorye sebuah bandar khusus untuk aktiviti perlombongan.

Dahulunya, ia dikenali dengan nama pelik iaitu Ufa-105 dan Belorefsk-16.

Selain itu, negara yang dipimpin oleh Presidennya, Vladimir Putin itu mempunyai laluan keretapi bawah tanah iaitu Moscow Metro-2.

Moscow Metro-2 merupakan sistem pengangkutan bawah tanah terbesar di dunia yang dibina semasa era pemerintahan pemimpin komunis terkenal, Joseph Stalin.

Kewujudan kota itu dirahsiakan kerana untuk memasukinya boleh menyebabkan seseorang ditahan pihak polis.

Namun, peneroka terowong bawah tanah yang dikenali dengan panggilan Eugin itu telah beberapa kali menceroboh tempat itu.

Katanya, tempat itu merupakan kawasan laluan kereta api bawah tanah yang mungkin digunakan untuk mengangkut trak dan kereta kebal tentera pada era Perang Dunia Kedua.

"Namun, lokasi itu kini turut digunakan oleh atlet sukan ekstrem lelaki atau perempuan untuk menguji tahap kecergasan mereka.

"Laluan kereta api itu tidak lagi digunakan sekarang," ujarnya.

Ironinya, Taman Tema Disneyland dikenali sebagai hab hiburan untuk kanak-kanak mahupun dewasa turut mempunyai sebuah kelab khas iaitu Club 33.

Kuil Ise Grand Shine dirobohkan dan dibina semula setiap 20 tahun.

Kelab itu cukup eksklusif sehingga ahli-ahlinya dikenakan yuran tahunan sehingga mencecah RM40,000.

Tidak semua orang boleh diterima untuk menjadi ahli walaupun si pemohon mempunyai banyak wang kerana proses permohonannya sebelum diluluskan boleh mengambil masa sehingga 10 tahun. Bayaran yuran keahliannya pula melebihi RM100,000.

"Saya menggemari kelab itu walaupun terpaksa menunggu sehingga 10 tahun sebelum diterima menjadi ahli," kata seorang ahli Club 33 yang bernama Michael.

Selain itu, identiti berapa orang ahli kelab tersebut juga tidak didedahkan.

Kira-kira 800 individu yang masih dalam senarai menunggu untuk menjadi ahli kelab tersebut.

Selebriti Hollywood yang dikatakan menjadi ahli kelab itu ialah Tom Hanks, Michael Jackson, Christina Aguilera dan Elton John.

Lain pula di Kelab White's yang terdapat di London, England.

Mula dibina pada tahun 1963 oleh Francesco Bianco, kelab itu diasaskan untuk pencinta minuman coklat panas.

Namun, ia kemudian menjadi tempat eksklusif dan terkenal dengan permainan judinya yang aneh, seperti ahlinya yang bertaruh sebanyak RM9,000 hanya untuk meneka titisan pertama air hujan.

Mereka yang ingin mendaftar keahlian hanya akan diterima sekiranya dipersetujui oleh dua anggota yang lain.

Malah, kelab itu tidak menerima wanita untuk menjadi ahli.

Negara yang mendapat jolokan Negara Matahari Terbit Jepun pula mempunyai sebuah kuil Ise Grand Shrine yang berusia beratus-ratus tahun.

Kuil itu juga didakwa menyimpan beberapa dokumen sulit mengenai negara itu. Ia dirobohkan setiap 20 tahun sekali sebelum dibina semula.

Tempat itu merupakan kawasan larangan untuk orang awam kecuali mereka yang pernah menjadi pemimpin atau maharaja Jepun.