PELAKON Hollywood, Jennifer Aniston menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya sedang hamil.
Aniston memberitahu ia kelihatan seperti hamil ekoran berlaku pertambahan berat badan sebanyak beberapa kilogram.
“Tidak. tidak ada apa-apa yang perlu diumumkan,” kata Aniston dalam satu temu bual radio.
Pelakon berusia 44 tahun itu juga menafikan laporan yang mengatakan dirinya dan tunangnya, Justin Theroux bakal berkahwin, hujung minggu ini.
Mengulas lanjut soal itu, Aniston berkata: “semua ini agak meletihkan. Kenapa tidak kita tunggu sehingga kami mempunyai sesuatu untuk diumumkan.” – Sinar Harian
No comments
Post a Comment