Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Baru Bo Amir Mahukan Watak Yang Lebih Mencabar~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Pelakon baru Bo Amir nyata teruja apabila berpeluang menceburi bidang lakonan menerusi filem "Kara King" di bawah arahan Namewee yang telah pun ditayangkan di pawagam pada 1 Ogos lalu. 

"Saya sentiasa tertanya-tanya jika watak yang ditawarkan baik untuk pengalaman hidup saya atau tidak. Namun saya gembira dan teruja kerana menerimanya dan berpeluang membintangi filem ini. Jika berkesempatan, saya mahukan watak yang lebih kompleks pada masa akan datang," ujarnya ketika ditemui baru-baru ni. 

Bagi yang kurang mengenalinya, Bo Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Iqram adalah seorang pemuzik tempatan dan mempunyai kumpulan sendiri iaitu Bedroom Sanctuary. 

Walaupun kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Bo Amir, 27, memberitahu fokus utamanya tetap pada dunia muzik. 

"Fokus saya masih dalam muzik. Saya masih mencuba mencapai matlamat saya untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam dunia muzik electronic dance music (EDM) sebagai Mr. Fluff bersama Vicious Recordings," akhirinya. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments