PIHAK berkuasa di Afrika Selatan kini sedang menyiasat berkenaan laporan seorang gadis berusia 14 tahun yang mendakwa mengalami serangan seksual yang dilakukan oleh seorang penyanyi Britain.
Gadis tersebut yang merupakan Pegawai Eksekutif Pemasaran mendakwa lelaki tersebut dengan sengaja memberinya arak sebelum ‘mengambil’ dara gadis itu di sebuah hotel di Cape Town.
Gadis tersebut telah membuat aduan di Scotland Yard’s Operation Yewtree dimana maklumat laporan itu dipindahkan ke pihak berkuasa Afrika Selatan.
Pihak berkuasa Afrika Selatan dikatakan sedang membuat persiapan temubual gadis itu serta menyiasat laporan yang dibuat.
Pihak berkuasa di Operation Yewtree memneritahunya bahawa kertas laporan tersebut akan dipinndahkan ke pihak berkuasa Afrika Selatan.
“Dia mencium saya beberapa kali, menambah arak (champagne) dan membuka baju saya atas katil, dan berkata saya cantik dan istimewa.
“Dia suruh saya bertenang dan berkata ia tidak akan sakit jika saya bertenang. Dia tahu yang saya dibawah umur,” jelas gadis tersebut.
Malah, gadis itu turut menyifatkan bahawa lelaki tersebut seolah-olah sedang bercinta dengannya.
Sumber: Mirror.co.uk
No comments
Post a Comment