Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Awie Kini Sibuk Urus Butik Sendiri~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Dek kerana sibuk dengan kariernya dalam industri hiburan tanah air, penyanyi rock dan pelakon Awie yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan butik Malai Rock Station tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk promosi. 

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Awie yang menjual kemeja-T rekaan corak dari Jepun dikenali sebagai Shiroineko telah mengusahakan perniagaan butik ini sejak lima tahun yang lalu. 

"Saya tidak dapat lakukan sebarang promosi kerana masih mencari tempat dan masa yang sesuai selain mahu mengukuhkan nama syarikat terlebih dahulu. Buat masa ini butik ini ada di Plaza Idaman, Gombak dan Fiesta, Ampang (sebelum ini dikenali sebagai Axis Atrium)," ujar Awie. 

Awie bakal membuka cawangan Malai Rock Station di luar kawasan
Lembah Klang tidak lama lagi.
[Kredit gambar: Harian Metro]

Menurut Awie, Malai Rock Station yang dibuka demi isterinya, Ruzana Misbun, akan turut mempunyai cawangan di luar kawasan Lembah Klang seperti Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan juga Kuantan kerana mendapat permintaan tinggi daripada peminat. 

Bercerita mengenai kariernya pula, Awie memberitahu syarikatnya iaitu Awie Entertainment Sdn Bhd akan menganjurkan konsert Wings pada Mac tahun depan di Istana Budaya bersama tiga artis undangan yang masih dirahsiakan. 

Bagi misi tahun 2014 pula, Awie juga ingin bergelar penerbit dengan membuka sebuah syarikat produksi iaitu Red Hawk Pictures dan kini sedang mencari pelabur untuk menerbitkan filem. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments