Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Syafie Naswip Tangguh Belajar Kerana Lakonan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Syafie Naswip Tangguh Belajar Kerana Lakonan
PETALING JAYA – Pelakon filem Mukhsin iaitu Syafie Naswip mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat menyambung pelajaran ke peringkat universiti kerana ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.
Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 21, berkata, keputusan itu dibuat selepas tawaran berlakon yang diterimanya sejak akhir-akhir ini semakin banyak dan bimbang tidak dapat membahagikan masa terhadap lakonan dan pengajian.
“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan itu kerana sudah menjadi impian saya menyambung pelajaran di universiti namun tawaran lakonan yang banyak rasa rugi pula kalau saya tolak.
“Tambahan pula saya bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik dan lebih elok jika saya berikan fokus kepada sesuatu bidang sahaja terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Syafie, tawaran lakonan yang ditawarkan kepadanya juga mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon dan tidak mahu melepaskan peluang tersebut.
Dalam perkembangan sama, Syafie berkata, keluarganya juga tidak menghalang dengan keputusannya itu dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada dirinya untuk merancang masa depan sendiri.
Bagaimanapun kata Syafie, dia tetap akan menyambung pelajaran pada tahun hadapan dalam bidang perfileman dan lakonan yang cukup diminatinya.
“Keluarga tidak mendesak saya dan menyokong apa yang saya ingin lakukan. Saya masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dan Insya-Allah ia akan terlaksana pada tahun depan,” katanya. – mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments