Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Dafi Belanja RM5000 Untuk Raya~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dafi Berhabis RM5000 Untuk Raya
PENYANYI yang popular dengan lagu “Bila Terasa Rindu”, Dafi memberitahu GUA tahun ini dia membelanjakan wang kira-kira RM5,000 untuk menyambut Aidilfitri. Jelas Dafi, wang sebanyak itu selain digunakan untuk menempah 13 helai baju Melayu, ia juga dibelanjakan untuk duit raya.
“Tahun ini saya banyak menempah baju raya sebab banyak menerima undangan rumah terbuka sempena Syawal nanti. Kali ini saya menggunakan khidmat Fairuz Ramdan untuk mereka baju Melayu saya. Saya suka dengan rekaannya kerana ia sedikit berbeza dengan baju Melayu tradisional. Lagipun, Fairuz memberikan harga istimewa untuk saya. Sebab itu, saya mampu tempah sampai 13 pasang,” ujar Dafi ketika ditemui di majlis berbuka puasa GUA dan selebriti baru-baru ini.
Mengulas tentang bajet duit rayanya pula, Dafi tanpa malu-malu mengakui dia banyak membelanjakan wang untuk tujuan itu kerana dia ingin memberi duit raya kepada anak-anak buah, sepupu-sepupu yang masih kecil serta makcik-makcik saudara yang rapat dengannya.
“Kita sambut Raya setahun sekali sahaja, jadi apa salahnya saya berbelanja lebih sedikit. Saya suka beri duit raya sebab ia boleh menggembirakan orang lain. Saban tahun, bajet duit raya saya memang banyak sebab saya hendak bagi pada anak-anak buah, sepupu-sepupu yang masih kecil dan tidak dilupakan makcik-makcik yang rapat dengan saya. Dulu mereka bagi saya duit raya, sekarang giliran saya pula bagi duit raya kepada mereka,” cerita Dafi.
Tahun ini, Dafi sekeluarga akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman ayahnya di Temerloh, Pahang. – Gua

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments