Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Siri U9 Gabung Komunikasi & Gaya Hidup~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Seiring dengan peredaran semasa, syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara, Ninetology Marketing Sdn Bhd telah melancarkan siri telefon pintar U9 yang menampilkan tiga buah model iaitu X1, Z1 dan Z1+. 

Dilengkapkan dengan peranti terbaru dan reka bentuk moden, telefon pintar U9 sesuai untuk mereka yang inginkan kemudahan tahap tinggi serta kepantasan bagi menjalani kehidupan seharian. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology Marketing, Sean Ng, mereka berharap dapat mengukuhkan nama mereka serta memperolehi pasaran yang lebih besar dalam kategori telefon pintar dengan memperkenalkan siri U9 ini. 

"Ini hanyalah sebagai permulaan. Tidak lama lagi kami merancang untuk memberikan pelbagai jenis telefon pintar dengan prestasi tinggi yang dikeluarkan untuk keperluan pelanggan. 

"Tiga model yang diperkenalkan ini mewakili kehebatan U9. Ia dihasilkan dengan memberi tumpuan kepada apa yang diperlukan oleh pengguna, termasuklah kehendak dan gaya hidup mereka, peranti mudah alih pilihan serta konsep canggih," ujar Ng yang ditemui ketika majlis pelancaran baru-baru ini. 


Dilengkapi dengan Android 4.2 dan pemproses MediaTek MT 6589 1.2GHz Quad-core, siri U9 ini sesuai untuk mereka yang gemar menonton video, permainan dan kandungan lain kerana ia pantas dan memiliki skrin paparan antara yang terbesar untuk telefon pintar di pasaran iaitu 4.8 hingga 5.7 inci. 

Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 12 dan 13 megapiksel serta fungsi dual camera yang membolehkan penggunaan kedua-dua kamera depan dan belakang secara serentak. 

Siri U9 turut menampilkan rekaan bentuk moden, nipis dan ringan (X1: 10mm, 160g ; Z1: 9.3mm, 191g ; Z1+: 9mm, 158g)serta tahan lasak dengan pemasangan cermin Gorilla Glass 2 untuk model Z1 dan Z1+. 


Ketiga-tiga model ini akan dijual dengan harga lingkungan RM1,099 hingga RM1,299 di semua pengedar telefon pintar utama serta di cawangan pertama di Low Yat yang bakal dirasmikan pada pertengahan Ogos ini. 

Pada majlis pelancaran tersebut, Ninetology turut memperkenalkan duta terbaru siri U9 ini iaitu penyanyi Mandopop popular Malaysia, Z-Chen. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments