Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wartawan Tempatan Kecewa, Ikut ‘Luck’ Interview Pemain Barca~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

BEBERAPA rakan media tempatan hari ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap penganjur program perlawanan bola sepak persahabatan yang melibatkan FC Barcelona menentang Malaysia XI pada Sabtu lalu.
Malah, ada antara mereka yang memuat naik beberapa gambar situasi sebenar yang boleh diibaratkan seperti ‘dianak tirikan’ oleh penganjur perlawanan tersebut.



Bukan itu sahaja, salah seorang petugas media yang bertugas semasa perlawanan tersebut turut kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk menemubual pemain Barcelona di kawasan ‘mix zone’.
“Waktu training hari Jumaat dekat Stadium Nasional Bukit Jalil, patutnya dekat mix zone organiser kena guide dua players Barca untuk di-interview local media, tapi takde pun orang-orang BSC ni yang buat kerja untuk bawa ‘players’ tu.
“Tapi international media dapat la interview players-players yang reti cakap Spanish sebab sure players pun kenal diorang, so (players) akan stop la untuk di-interview.
“Kat mix zone ni pun diasingkan tempat untuk local dan international media. Bila players Barca semua dah naik bas tanpa kami dapat interview seorang pun, kami naik atas jumpa orang (staff) BSC yg handle media, nama dia *.
“Dia kata mana ada penganjur janjikan untuk bagi kami interview 2 players (sedangkan dalam intenerari memang ada tulis) dan dia kata ikut ‘LUCK’ kami je la kalau players tu nak stop utk di-interview or tak. So players takkan stop la kalau organiser tak arahkan,” jelas salah seorang wartawan sukan tempatan yang enggan identitinya dikenalpasti.
Kenapa mesti penganjur berkata sesi temubual tersebut adalah ‘luck’? Sedangkan dalam aturcara majlis jelas tertulis.
Mungkin perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kurangnya pengalaman menguruskan perlawanan di peringkat antarabangsa oleh penganjur.
MyNewsHub juga ingin berkongsi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh salah seorang Editor di The Malay Mail, Haresh Deol.
Gambar yang dimuat naik oleh Haresh menunjukkan perbezaan kawasan tempat duduk yang disediakan oleh penganjur kepada petugas media antarabangsa dan media Malaysia.
Pada awalnya, petugas Malaysia hanya diberi tempat duduk di bahagian belakang atas sebaliknya media antarabangsa disediakan tempat duduk hadapan.
Setelah perkara tersebut diadu oleh Pegawai Media FAM, Joe Marcose, pihak penganjur membuat penyusunan semula tempat duduk.
“Telah pergi banyak majlis antarabangsa, pertama kali melihat perbezaan antara media antarabangsa dan Malaysia,” memetik kapsyen foto yang dimuat naik Haresh.
Malah, Haresh turut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pertukaran venue secara tiba-tiba kurang daripada 24 jam.
“Pegawai Barcelona sudah datang sebulan lebih awal untuk melihat stadium. Tetapi kenapa masih bersetuju untuk mengadakan perlawanan di stadium tersebut jika keadaan padang tak mengizinkan?”
“Kita kena fikir penonton-penonton yang datang dari jauh, ada juga dari luar negara. Mereka telah tempah bilik hotel yang berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil.
“Tetapi tiba-tiba ditukar venue. Bukankah itu menyusahkan orang?,” jelas Haresh ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.
Kenyataan penuh Haresh Deol berkenaan layanan penganjur tersebut boleh dibaca di sini.  This is not another Kollywood flick — Haresh Deol
barca1
barca2

Foto: Twitter- @HareshDeol

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments