PELAKON hebat, Aaron Aziz telah terpilih mewakili Malaysia dalam Visa go Hong Kong Super Shopper 2013 yang diadakan ketika dalam bulan puasa hari itu, 29-31 Julai 2013. Apa yang menarik, Aaron bersama seorang peminat bertuah dari Hong Kong iaitu Michell Ching berpeluang berjalan keliling Hong Kong.
Visa go Hong Kong Super Shopper 2013 telah dijalankan dalam format memburu harta di mana peserta hrus mengikut arahan untuk melawat dan menyelesaikan tugas-tugas di beberapa tempat di Hong Kong, yang memerlukan mereka untuk berkongsi gambar dari lawatan mereka pada platform media sosial.
Aaron Aziz berkata dia benar-benar teruja dengan pengalaman baru ini, “Hong Kong adalah seperti rumah kedua bagi saya dan saya begitu teruja untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ini untuk mewakili Malaysia bersama Michell Ching . Berjalan dan berjalan di sekitar Hong Kong dalam tempoh Ramadhan yang pastinya satu cabaran yang sukar tetapi itu semua berbaloi. Kami berjaya untuk menyelesaikan semua tugas-tugas dan pada masa yang sama melihat tempat-tempat baru di Hong Kong”!
No comments
Post a Comment