Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.
"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.
"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.
"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi. - Sinar Harian
Isu Panas
SEBELUM berkahwin, ayat-ayat cinta tak pernah lekang di bibir, “I love you, I miss you, I can’t live without you..” dan bermacam-macam lagilah.
Tapi bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari! Begitulah yang terjadi apabila ketika bahtera dilayari, datang pula ribut dugaan melanda.
Beberapa petikan perbualan mesej WhatsApp yang kami kongsikan ini, sebenarnya merupakan kes tahun lalu namun ia didapati kembali tersebar di media sosial. Maka, kami turut siarkannya kembali agar jadi pengajaran buat suami isteri di luar sana.
Perbualan tersebut menunjukkan bagaimana seorang isteri bertindak memaki hamun suaminya kerana mempersoalkan keputusan membuat pinjaman bank dalam jumlah yang besar. Jom baca:
*Mesej di dalam kotak hijau merupakan dari suami, manakala kotak putih pula dari isterinya.
Memang dalam rumah tangga bab duit merupakan salah satu faktor utama punca pergaduhan pasangan.
Namun tindakan si isteri dalam perbualan di atas bagi kami, cukup melampau.
Seorang isteri sepatutnya menghormati suami tidak kira kaya atau miskin, muda atau tua. Ingatlah, Allah memerhati dan malaikat mencatat kerana syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami.
Pesanan buat para suami pula, jika ada kudrat maka usahakanlah sebaik mungkin untuk mencari nafkah.
Anda ada tanggungjawab yang akan ditanya di akhirat kelak.. jangan jadi DAYUS!
- MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
DI ZAMAN ini, banyak pihak tak bertanggung jawab mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan memanipulasi barangan sedia ada di pasaran dengan menjual produk tiruan.
Terbaharu, kes Milo tiruan yang dibuktikan dengan penyebaran rakaman video dan rampasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan perumahan di Mantin, Negeri Sembilan.
Susulan timbul kebimbangan orang ramai tentang produk tiruan yang dikhuatiri dibeli oleh mereka tanpa sengaja, pihak Nestle menerusi akaun rasmi Milo Malaysia memaklumkan cara mudah mengenalpasti sama ada Milo yang ingin dibeli adalah produk tulen atau tiruan.
“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” demikian maklumat dikongsikan di laman tersebut.
Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.
Apa yang mengejutkan, proses pembungkusan produk tersebut didapati dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!
Informasi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments