Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Wowwww!!!! Seorang usahawan muda yang tersangat kaya-raya di Singapura telah membeli 50 botol arak Remy Martin Club baru-baru ini. Ini adalah langkahnya untuk mencium model kontroversi China iaitu Gan Lu Lu sehingga banggup menhabiskan wang sebanyak RM16,000?!!.
Gan Lu Lu adalah model yang suka memakai pakaian yang kurang senonoh dan menjadi sensasi selepas video dia mandi dirakam oleh ibunya sendiri.
[Wow] - Sakit Mata
Tahun lepas, visual artis Bart Jansen dan jurutera teknikal Arjen Beltman mengejutkan dunia dengan Orvillecopter, mesin yang unik terbang yang merupakan sebahagian kucing sebahagian helikopter.
Rupa-rupanya, ciptaan pertama mereka tidak cukup mengejutkan, sehingga mereka telah memutuskan untuk membina alat kawalan radio lebih pelik mereka yang dinamakan OstrichCopter itu. Kali ini mereka mengambil burung unta yang telah mati di sebuah ladang burung unta dan menjadikannya sebagai quadcopter dengan menambah empat kipas dan sepasang skid kayu.
Wowwwww!!! Ciptaan gila mereka ini di beri nama "the world’s flying ostrich".
[wow] - Teknologi
Pelantun suara Lee Hyori baru-baru ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pihak media yang asyik mengganggu bakal mertuanya.
Seperti yang dilaporkan di laman sesawang M Wave, pelantun lagu "Bad Girls" ini menulis di Twitter, "Saya menerima teks yang panjang daripada ibu Sang-soon. Katanya wartawan dan wakil stesen penyiaran asyik datang melawat dan menunggunya untuk mendapatkan temuramah.
"Katanya, jantungnya semakin lemah dan dia tidak mampu untuk terus mengabaikan mereka. Ibu Sang-soon kata dia tidak mahu menyusahkan kami dan berniat untuk menutup kedainya dan berpindah ke tempat yang lebih sunyi."
Tambah Hyori lagi, "Hati saya rasa amat berat. Tolonglah, saya merayu. Tolong hentikannya."
Sekalipun pihak media pernah datang mengganggu keluarga pemain muzik Lee Sang-soon sebelum ini, kehadiran mereka semakin bertambah sejak Lee Hyori mengumumkan pertunangan mereka.
[Wow] - Kpop
Wowww!! Wanita kelahiran Hunan Huaihua, China 4 April 1981 ini memang sangat luar biasa. Selain karyanya mampu bersaing dengan kartun-kartun Jepun, wajahnya yang comel dan kebudak-budakan seperti tokoh kartun juga banyak menghiasi kulit majalah game di Jepun. Dah awet muda.. mesti orangnya nih kuat senyum dan takde stress dalam hidup kan? Berseri-seri muka walaupun dah berumur 30-an.
Tapi bukan hanya orang China seperti Xia Da saja yang awet muda, sebahagian besar orang Asia punya keunikan genetik yang membuatnya selalu tampak lebih muda berbanding orang barat.
[Wow] - Kisah Hidup
Seorang ayah di China melakukan hal yang membuat semua jirannya.terkejut Lelaki bernama Tian Xueming itu mendedahkan kepada jirannya selama enam tahun terakhir ia menyimpan jasad anaknya, yang meninggal ketika berusia 18 tahun, di dalam peti sejuk atau penyejuk beku. Anaknya yang bernama Qinyuan meninggal kerana mengidap lukemia.
"Itu membuatku merasa kalau anak ku tidak pernah meninggalkanku. Ketika aku dan isteriku ingin bercakap denganya, kami mengambil tempat duduk, membuka pintu peti sejuk dan bercakap kepadanya seolah-olah dia tidak pernah diambil dari kami." kata lelaki berusia 54 tahun itu seperti yang dipetik dari Daily Star..
Tian mengaku nekad melakukan itu kerana tidak sanggup berpisah dari anaknya. Ia juga menolak permintaan orang-orang di sekitarnya untuk memindahkan jasad tersebut ke perkuburan keluarga. Tian sendiri melengkapkan rumahnya dengan beberapa penambah kuasa elektrik tambahan, untuk mencegah anaknya mencair jika terpuuts bekalan elektrik.
[Wow] - Kisah Hidup
GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.
Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis
Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.
Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.
Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.
Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.
Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.
Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. – mStar
[Wow] - Berita Tempatan
Wowww!!! Admin tak pernah terfikir pulak pasal Telur direndam dengan Cuka... Macam nak cuba pulak.. Korang nak cuba tak? Sebelum nak cuba buat eksperimen nih, korang tengok dulu gambar kat bawah nih.. Dari mula sampailah kejadian telur tuh.. Heehee... Selamat mencuba!
[Wow] - Macam macam
Gambar Hiasam |
London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.
Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.
Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.
Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.
Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.
Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.
Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.
“Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.
“Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya,” katanya.
Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.
Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai “luar biasa” dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.
Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi
[Wow] - Macam macam
Jenama pakaian dalam mewah, Rococo Dessous telah menghasilkan koleksi terbaru yang merangkumi coli, seluar dalam dan juga gaun tidur.
Dihasilkan oleh bekas pereka jenama pakaian dalam terkenal Victoria's Secret, koleksi ini diperbuat menggunakan benang emas 24 karat yang berasal daripada kain emas khas dari Switzerland.
Diinspirasi daripada sejarah wanita diraja terkenal seperti Cleopatra, Marie Antoinette dan Tsarina Alexandra, koleksi ini berharga dalam lingkungan AS$3,000 (RM9,470) hingga AS$6,000 (RM18,940) untuk satu set.
Setiap satu daripada pakaian dalam ini mempunyai nama yang merujuk kepada wanita yang diilhamkan tersebut
Contohnya set pakaian Marie Antoinette dihasilkan daripada set keseluruhan emas dan set emas hitam dan diolah menggunakan motif floral dengan benang mewah.
Emas mungkin salah satu bahan berharga untuk raja dan permaisuri dalam sejarah lampau dan idea memakai pakaian dalam emas 24 karat ini mungkin tampak mengujakan.
Namun bukan semua mampu memilikinya. Bagi kami, apa yang penting adalah keselesaan.
Adakah anda sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk satu set pakaian dalam?
[Wow] - Fesyen
Jang Geun Suk menjadi antara bintang Hallyu yang paling popular di China dengan kejayaannya menghimpunkan lebih 10 juta pengikut di Weibo.
Menurut laman sesawang M Wave, pada 18 Julai, jumlah pengikut Jang di Weibo, laman sosial China yang menyerupai Twitter, adalah seramai 10,041,834 orang, sekalipun pelakon tersebut tidak mempunyai sebarang projek besar buat masa ini.
Jang mendaftar masuk Weibo pada Ogos 2011 dan berjaya mendapatkan lebih sejuta pengikut dalam masa tiga bulan sekaligus menjadikan pelakon Korea yang paling ramai pengikut dalam laman sosial tersebut.
Berkemungkinan populariti mendadaknya disebabkan drama Korea lamanya, “You’re Beautiful” kini sedang dimainkan di saluran CCTV, China.
[Wow] - Kpop
Penyanyi rap dan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon baru-baru ini tampil menjelaskan kontroversi perkauman yang melandanya.
G-Dragon sebelum ini mencetus kontroversi apabila memuat naik gambarnya di Instagram yang dianggap sebagai cara canggungnya memberi penghormatannya kepada Trayvon Martin, seorang remaja Afro-Amerika yang telah ditembak mati dalam satu kes pergelutan dengan seorang ahli rukun tetangga yang menjadi isu hangat di Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu.
Gambar tersebut menampilkan penyanyi rap itu dengan wajah yang diwarnakan hitam sementara kepalanya ditutup dengan hud berwarna kelabu.
Gambar ini telah mencetuskan kemarahan para peminat di Amerika Syarikat yang dikatakan bersikap perkauman. |
Sekalipun cara yang sama telah dibuat oleh para artis Amerika Syarikat yang lain seperti Frank Ocean, The-Dream dan P. Diddy, malangnya tindakan G-Dragon mencetus kemarahan para peminat di sana yang menganggap perbuatan menghitamkan wajah sebagai tindakan perkauman.
Namun begitu, laporan di LA Times memberitahu bahawa G-Dragon, yang diwakili oleh perantaranya, baru-baru ini menjelaskan situasi sebenar dan berkata, "Situasi ini hanya satu salah faham. Imej tersebut hanyalah konsep visual untuk kulit album terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi."
Jelas wakilnya lagi, "Cat muka tersebut hanyalah satu daripada variasi warna untuk kulit albumnya yang menampilkan G-Dragon dalam warna hitam, putih dan merah. Ia bukan satu kenyataan politik mahupun bangsa."
[Wow] - Gosip Hiburan
Tiga tahun selepas berpisah dengan Salman Khan, baru-baru ini khabar angin mengatakan bintang Bollywood jelita, Katrina Kaif merancang untuk menjual hadiah pemberian bekas teman lelakinya itu satu masa dahulu.
Menurut laporan dari laman sesawang Zee News, bintang berusia 30 tahun itu dikatakan berura-ura untuk menjual keretanya, sebuah SUV hitam yang dihadiahkan oleh Salman pada hari jadinya tahun lalu.
Sumber menjelaskan, "Katrina kini sedang hangat bercinta dengan kekasih barunya, Ranbir Kapoor dan ingin menutup kisah lamanya dengan Salman.
"Ketika Katrina dan Salman masih bersama, Salman banyak menghadiahkan barangan bernilai kepada Katrina, termasuk SUV tersebut. Sekarang Katrina mahu menjual semula hadiah Salman untuk memulakan hidup baru," jelas sumber itu lagi.
Namun begitu, wakil rasmi Katrina pantas menafikan khabar angin tersebut dan berkata, "Katrina tidak berniat untuk menjual keretanya."
[Wow] - Gosip Hiburan
SIAPA yang tidak mengenali ikon yang popular, Saloma pada tahun 70-an?
Masihkan anda ingat tentang bentuk badannya, persis biola dambaan setiap wanita? Bagaimana pula dengan top peplum dengan perincian seperti ruffles dan flare di bahagian pinggang yang seringkali dikenakan beliau ketika show?
Iya! Peplum kini membuat come back sejak tahun 2011 dan menjadi trend yang digilai oleh wanita.
Apatah lagi, dengan pelbagai jenis rekaan dan silhouette yang anggun dan versatile, membuatkan peplum tampak lebih timeless dan sesuai untuk digayakan dalam pelbagai majlis.
Semestinya, sebuah lagi item yang wajib bagi setiap fashionista selepas rekaan klasik Little Black Dress (LBD).
Jezmine Zaidan, seorang pereka fesyen yang sedang meningkat naik dan juga pemilik Old Blossom Box Store (OBB) banyak mereka koleksi beliau berdasarkan idea daripada peplum.
Peplum mempunyai elemen vintage yang bertepatan dengan citarasa Jezmine.
Di dalam ruangan kali ini, beliau akan berkongsi tips tentang pemilihan peplum yang sesuai bagi setiap wanita dan majlis yang hendak mereka hadiri.
S : Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang kecil, apakah jenis peplum yang sesuai digayakan?
J : Peplum seharusnya lebih singkat dan hemline bagi peplum ini panjang sehingga menutupi punggung. Jika seseorang yang petite memakai sesuatu yang panjang, maka si pemakai akan kelihatan lebih pendek. Sekiranya hendak dipakai ke majlis perkahwinan, peplum juga boleh digayakan dengan mermaid skirt yang panjang, kerana memberikan ilusi seseorang itu tinggi.
S : Bagaimana pula dengan plus-size?
J : Gadis plus size perlu lebih arif dalam menggayakan peplum mereka. Ini untuk mengelakkan daripada si plus-size nampak lebih lebar sekiranya tersalah memilih. Peplum yang ideal untuk mereka adalah sesuatu yang hemlinenya terletak pada bahagian tengah-tengah perut ataupun pinggang, untuk memberikan mereka ilusi hourglass. Selain itu rekaan peplum begini juga boleh menutup bahagian lemak yang tidak diingini.
S: Adakan fabrics dan corak juga memainkan peranan yang penting?
J : Tepat sekali! Pastikan fabrics peplum anda selesa, dan megikut tema majlis yang anda hendak hadiri. Contohnya peplum yang mempunyai layered and scallop silhouette lebih sesuai di Hari Raya kerana memberikan suntikan yang elegant kepada peplum. Sekiranya untuk dipakai ke kelas, material daripada kapas lebih selesa. Bagi yang bersaiz kecil, corak yang bold dan warna yang terang amat sesuai bagi mereka. Plus- size pula seharusnya mengenakan sesuatu yang lebih gelap atau warna lembut seperti pastel serta peplum bercorak simple.
S : Pendapat Jezmine bagi aksesori untuk peplum?
J: Bergantung di mana anda berada atau lokasi yang hendak dituju. Kalau hendak ke kerja misalnya, jangan terlalu over do diri anda dengan terlalu banyak aksesori. Clutch ataupun tote bag serta bib-necklace sudah memadai. Less is more. Tetapi bagi saya, kasut tumit tinggi anda yang paling cantik seperti stilettos ataupun pumps adalah aksesori terbaik dan sesuai untuk semua.
Oleh: Syuhada Roskhamdi
Foto: Nikita Nawawi
Model: Umi Atiqah
Pakaian:Butik OBB
Stylist: Jezmine Zaidan
Foto: Nikita Nawawi
Model: Umi Atiqah
Pakaian:Butik OBB
Stylist: Jezmine Zaidan
[Wow] - Fesyen
Sanggupkah anda mengeluarkan wang beribu-ribu hanya untuk sebiji kek cawan? Kek cawan Golden Phoenix merupakan kek cawan termahal di dunia yang dijual dengan harga RM3,184 sebiji.
Golden Phoenix yang diperbuat daripada helaian emas 23 karat dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury bersempena pembukaannya di Dubai Mall.
Kek cawan ini bukan sahaja diperbuat daripada emas, malah tepung dan mentega organik turut diimport dari United Kingdom manakala coklat dari Itali serta biji vanila pula dari Uganda.
Malah, kek cawan Golden Phoenix itu dihidangkan bersama pinggan bersadur emas 24 karat, sudu emas dan menggunakan topping berperisa coklat, buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan.
Pelanggan yang ingin merasai keenakkan kek cawan Golden Phoenix harus membuat pesanan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.
[Wow] - Biar Betul
Wow! Bintang siri "Glee", Samuel Larsen mengejutkan banyak pihak terutama sekali para peminat wanita apabila tampil dengan gaya rambut baru.
Aktor berusia 21 tahun ini telah memotong rambut dreadlocks yang menjadi trademark dirinya sejak menyertai siri televisyen realiti "The Glee Project".
Nampaknya Larsen turut menyukai gaya baru itu dengan memberitahu di akaun Twitter, "Hanya sebagai rekod, tengkuk saya rasa sangat hebat!"
Hakikatnya Larsen sudah lama menyimpan hasrat untuk memotong rambutnya itu kerana bimbang kurang mendapat tawaran lakonan.
Dalam satu temubual bersama TV Line pada Ogos 2011, Larsen memberitahu, "Saya pernah menelefon agen saya dan memberitahu saya ingin potong rambut kerana saya merasakan ia membataskan diri saya untuk menerima tawaran berlakon. Saya ingin mencuba lebih banyak watak lain.
"Saya berasa tiada masalah dan menerimanya kerana Ryan Murphy (pengasas bersama "Glee") menyukainya, tetapi saya pernah merasakan rambut saya adalah satu beban."
Pastinya Larsen tampil lebih hot dengan gaya rambut barunya ini!
[Wow] - Fesyen
Tragedi bunuh diri bintang Bollywood Jiah Khan kini menjadi sumber ilham bagi sebuah filem terbaru, "Bold Bollywood" yang telah dilancarkan di sebuah hotel lima bintang baru-baru ini.
Seperti yang dilaporkan oleh Times of India, filem pertama arahan Rikchhit Matta tersebut mengisahkan tiga orang gadis yang tiba di Mumbai dengan impian untuk menjadi pelakon terkenal dan bakal dilakonkan oleh Hazel Keech, Sandeepa Dhar, Shweta Bharadwaj, Rajpal Yadav dan Manoj Joshi antara yang lainnya.
Menurut Matta, "Saya tersentuh selepas membaca hampir semua laporan media mengenai kematian Jiah Khan. Kejayaan di Bollywood bukan perkara yang mudah, dan banyak yang gagal melepasi semua ujian. Filem saya merupakan satu usaha ikhlas untuk mendedahkan suka duka dunia perfileman."
Jelas Matta lagi, satu daripada watak dalam "Bold Bollywood" mempunyai karakter yang seakan sama dengan Jiah Khan, dan turut melalui semua cabaran yang dihadapi dalam kehidupan peribadi dan kerjanyanya.
Sementara ini, penerbit filem tersebut, pelakon terkenal Shabana Hashmi berkata, "Kami mahu menunjukkan sisi gelap dunia glamor ini. Untuk projek-projek akan datang juga kami akan membentangkan subjek dengan mesej yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat."
Awal Jun lalu, industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan kematian tragik bintang muda Jiah Khan yang telah membunuh diri dengan cara menggantung diri di kipas siling di kediamannya di Juhu, Mumbai.
[Wow] - Hiburan
Selepas Salman Khan dan Shahrukh Khan, khabar angin mengatakan bahawa bintang "3 Idiots", Aamir Khan pula telah berbaik semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj.
Menurut laman sesawang Zee News, desas-desus tentang hubungan mereka yang kembali pulih tercetus selepas kedua-duanya kelihatan mesra berbual di majlis hari jadi penerbit filem, Sunil Bohra baru-baru ini.
Sumber mengatakan, "Aamir dan Vishal bertembung di majlis hari jadi Sunil Bohra dan berbual mesra. Malah Vishal turut berkomunikasi dengan baik bersama isteri Aamir, Kiran Rao. Mungkin mereka telah bermaaf-maafan di majlis itu."
Sebelum ini, Aamir dikatakan mencetus konflik dengan pengarah filem "Omkara”" tersebut selepas dia mengundur diri daripada projek filem "Mr. Mehta and Mrs. Singh" kerana perbezaan pendapat dengan Vishal. Pengundurannya sekaligus menghentikan projek tersebut sehingga kini.
[Wow] - Gosip Hiburan
Musim tengkujuh atau musim hujan bukanlah penghalang untuk bergaya. Dengan pilihan pakaian yang tepat dengan warna yang betul, anda masih boleh kelihatan anggun. Mari lihat pakaian apa yang boleh dipakai untuk mengelakkan kesuraman sewaktu hujan.
Jangan pakai kasut kulit
Elakkan daripada memakai kasut kulit atau suede kerana kasut boleh menjadi kembang jika terkena air. Kasut jenis kulit memang cepat rosak sekiranya terdedah kepada kelembapan. Jika anda mempunyai kasut crocs, inilah masa terbaik untuk anda menggayakannya. Kasut crocs telah direka dengan bentuk yang lebih kontemporari dan tahan lasak walaupun terkena hujan.
Elakkan rambut dari terurai
Perkara buruk yang sering berlaku ketika hujan adalah rambut akan menjadi tidak terurus kerana kelembapan. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba menutup rambut dengan skarf kerana ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi lembap dan merosakkan gaya rambut. Biarkan rambut anda bebas dari sebarang semburan atau gel sewaktu cuaca buruk.
Pakai kardigan
Walaupun cuaca sering berubah-ubah, kadangkala terlalu sejuk atau panas, pejabat selalunya akan sentiasa memasang penghawa dingin dan ini memberikan anda peluang yang baik untuk menggayakan kardigan. Padankan kardigan tersebut dengan kemeja t berkolar untuk menaikkan suhu badan anda.
Tambahkan warna pada pakaian!
Warna terang sering dikaitkan dengan musim panas, namun anda boleh memakai aksesori berwarna terang seperti memakai kasut berwarna kuning untuk menampakkan keceriaan walaupun ketika berjalan di dalam hujan.
[Wow] - Fesyen
Dress labuh memang sesuai untuk digayakan ketika musim panas. Ia mampu memberikan ketenangan kepada si pemakai dan sangat senang untuk digayakan. Ramai yang menyangka dress labuh hanya sesuai untuk individu yang bertubuh tinggi namun dress labuh bukanlah hanya pilihan untuk perempuan tinggi sahaja, ia masih boleh digayakan oleh semua perempuan tanpa mengira bentuk badan.
Mari kita lihat tips untuk menggayakan dress labuh ini dengan pelbagai gaya.
Gaya "Bohemian"
Gaya "Bohemian" dimaksudkan dengan gaya individual, romantik dan berjiwa bebas. Jika anda bertubuh genit, gayakan dress labuh bercorak kecil dengan pilihan warna yang gelap. Warna gelap mampu memberi ilusi tinggi dan langsing. Untuk melengkapkan gaya tersebut, pakailah sandal rata dan padankannya dengan gelang dan cermin mata.
Bergaya "Rock" dan kasual
Untuk mendapatkan gaya 'rock' atau kasual, padankan dress labuh anda dengan jaket kulit hitam. Jaket denim juga mampu menghasilkan gaya yang sama sekiranya dress labuh itu mengikut bentuk tubuh. Dress labuh berfabrik jersi sangat sesuai jika digayakan dengan jaket dan but.
Dress berbelah
Dress berbelah akan menonjolkan kaki anda yang seksi jika dipadankan dengan but rata di malam hari. Gaya ini boleh dikenakan sepanjang hari jika dikenakan dengan jaket kulit.
Gaya 'minimal'
Tiada cacat celanya jika anda tampil santai dalam mengenakan dress labuh. Namun, anda perlu pandai bereksperimen dengan warna, tekstur dan jenis dress tersebut. Tampil dengan gaya monokrom adalah salah satu cara untuk tampil santai tetapi tetap anggun dan bergaya.
Gaya sewaktu makan malam
Sama seperti 'minimal', makan malam anda seharusnya kelihatan ringkas namun menyerlah. Ia harus diserlahkan dengan pemakaian aksesori seperti anting-anting dan clutch yang sesuai. Gincu merah juga boleh menyerlahkan keseksian anda dalam temujanji makan malam anda.
Santai hujung minggu
Bersantai bersama rakan-rakan waktu petang di hujung minggu memang menggembirakan. Pilihan yang sesuai untuk keluar bersantai dengan rakan-rakan semestinya dress labuh. Dress jalur beserta sandal dan topi akan membuatkan anda kelihatan hebat sewaktu santai. Untuk kelihatan lebih kemas, ikat rambut anda dengan gaya ekor kuda.
[Wow] - Fesyen
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments