Vokalis kumpulan Mojo, Aweera, mengesahkan bahawa dia telah diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu berikutan terpaksa menanggung beban hutang lama.
Dipetik dari Utusan Online, pengakuan Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera NorHissham dilakukan selepas namanya tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar beberapa hari yang lalu.
"Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini," ujarnya.
Aweera, 22, walaubagaimanapun memberitahu masalah berikut tidak menggangu kerjayanya buat masa ini dan akan memberi penjelasan lanjut selepas perkara tersebut diselesaikan.
No comments
Post a Comment