Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Aamir Khan & Vishal Bhardwaj berbaik semula?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Selepas Salman Khan dan Shahrukh Khan, khabar angin mengatakan bahawa bintang "3 Idiots", Aamir Khan pula telah berbaik semula dengan pengarah Vishal Bhardwaj. 

Menurut laman sesawang Zee News, desas-desus tentang hubungan mereka yang kembali pulih tercetus selepas kedua-duanya kelihatan mesra berbual di majlis hari jadi penerbit filem, Sunil Bohra baru-baru ini. 

Sumber mengatakan, "Aamir dan Vishal bertembung di majlis hari jadi Sunil Bohra dan berbual mesra. Malah Vishal turut berkomunikasi dengan baik bersama isteri Aamir, Kiran Rao. Mungkin mereka telah bermaaf-maafan di majlis itu." 

Sebelum ini, Aamir dikatakan mencetus konflik dengan pengarah filem "Omkara”" tersebut selepas dia mengundur diri daripada projek filem "Mr. Mehta and Mrs. Singh" kerana perbezaan pendapat dengan Vishal. Pengundurannya sekaligus menghentikan projek tersebut sehingga kini. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments