Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pakaian dalam emas 24 karat Bernilai Rm18,940 Untuk Satu Set!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Jenama pakaian dalam mewah, Rococo Dessous telah menghasilkan koleksi terbaru yang merangkumi coli, seluar dalam dan juga gaun tidur. 

Dihasilkan oleh bekas pereka jenama pakaian dalam terkenal Victoria's Secret, koleksi ini diperbuat menggunakan benang emas 24 karat yang berasal daripada kain emas khas dari Switzerland. 

Diinspirasi daripada sejarah wanita diraja terkenal seperti Cleopatra, Marie Antoinette dan Tsarina Alexandra, koleksi ini berharga dalam lingkungan AS$3,000 (RM9,470) hingga AS$6,000 (RM18,940) untuk satu set. 


Setiap satu daripada pakaian dalam ini mempunyai nama yang merujuk kepada wanita yang diilhamkan tersebut 

Contohnya set pakaian Marie Antoinette dihasilkan daripada set keseluruhan emas dan set emas hitam dan diolah menggunakan motif floral dengan benang mewah. 

Emas mungkin salah satu bahan berharga untuk raja dan permaisuri dalam sejarah lampau dan idea memakai pakaian dalam emas 24 karat ini mungkin tampak mengujakan. 

Namun bukan semua mampu memilikinya. Bagi kami, apa yang penting adalah keselesaan. 

Adakah anda sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk satu set pakaian dalam? 







About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments