Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Satu ketika dulu, fesyen rambut tocang menjadi lambang maruah bagi
wanita di China, malah digayakan sempena menyambut Tahun Baharu Cina.
Begitu juga fesyen sanggul pelbagai karakter, pernah menyerikan wanita
China pada pagi perayaan. Konsep Shanghai Moulin Rouge
yang sering digayakan bersama gaun Mandarin dan ceongsam, pula mendapat
sambutan pada era 1020-an serta dipercayai, mengangkat darjat dan
sosial wanita zaman itu.
Selain itu, rambut yang disisir rapi atau mengurai panjang pernah menjadi sebahagian nostalgia menyambut Tahun Baharu Cina suatu ketika dulu.
Bagaimanapun, kemodenan hari ini membawa pergi jauh imej lama yang dilihat lebih keanak-anakan, kaku dan tidak mengikut peredaran zaman.
Walaupun masih berlandaskan budaya dan adat resam masyarakat Cina, kebanyakan cenderung memilih gaya rambut berkiblatkan budaya luar, sama ada Barat dan fesyen Korea atau K-Pop yang sudah melanda negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
[Wow] - Fesyen

Sesetengah wanita berpendapat bahawa menggayakan skirt yang bermanik menampakkan gaya lebih dari usia atau ia hanya sesuai digayakan pada waktu malam sahaja. Ubah persepsi anda dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menggayakan skirt bermanik tanpa rasa serba salah. Kini anda boleh sahaja menggayak skirt bermanik ke pejabat, ke parti , majilis malah ke pusat beli-belah!
Lihat tips di bawah bagaimana cara menggayakan skirt bermanik
Pilih skirt anda
Skirt bermanik boleh di dapati dalam banyak rekaan, warna dan bentuk. Anda boleh sahaja memilih mana-mana rekaan. Bagi anda yang bertudung pula, jangan risau. Skirt bermanik labuh juga kini senang di dapati di pasaran.
Baju 'Plain' atau tidak bercorak
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa jika skirt anda bermanik penuh, anda perlu memilih baju yang lebih 'plain' dan tidak banyak corak. Kami cadangkan anda memilih kemeja yang berfabrik lembut dan lebih kepada warna semula jadi. Anda boleh gayakan samaada secara 'tuck in' atau biarkan sahaja kemeja di luar tetapi gulungkan sedikit lengannya untuk menampakkan gaya yang lebih segar.
Baju panas untuk gaya lebih keremajaan
Anda juga boleh menggayakan dengan cara yang lebih keremajaan dengan baju panas (sweater). Pilih baju panas yang bercorak sedikit untuk gaya lebih berani, tetapi jika anda mahu kekalkan gaya yang lebih klasik, anda boleh memilih baju panas yang lebih kurang sama warna dengan skirt dan tidak mempunyai banyak corak.
Aksesori dan tudung
Jangan memakai aksesori yang sarat. Pilih aksesori yang bersesuaian dan jika anda ingin menggayakan dengan anting-anting panjang, pilih anting-anting yang saiznya sederhana besar. Jika anda ingin menggayakan rantai, rantai mutiara panjang dan aksesori berwarna emas lembut amat sesuai. Bagi anda yang berhijab, pilih warna tudung yang sama dengan baju dan pastikan ia tidak berkilat dan penuh manik dan corak! Anda tentu tidak mahu nampak sarat bukan dan tumpuan pada skirt anda juga akan hilang.
Kasut
Peraturan pertama, anda perlu tahu kemana anda ingin pergi. Jangan pilih kasut yang sama berkilauan seperti skirt anda. Pilih kasut berwarna 'matte' seperti hitam atau coklat gelap dan ia lebih sesuai jika anda menggayakan dengan kasut jenis terbuka. Jika anda menggayakan dengan baju panas, kasut jenis Converse adalah pilihan terbaik.
Selamat mencuba!
[Wow] - Fesyen
Toronto: Sebuah syarikat pakaian mula menjual sut kalis peluru dan bergaya untuk seorang eksekutif abad ke-21 yang dikatakan pasti menyebabkan perisik 007, James Bond, cemburu.
Syarikat itu, Garrison Bespoke, menggabungkan gaya dan ciri keselamatan menerusi teknologi nano karbon ringan untuk menyerap impak peluru senapang patah dan menghalang tusukan pisau menembusinya. Keseluruhan kos sut mewah itu berharga K$20,000 (RM61,189.96) untuk pelanggan terpilih bagi mengelak dibunuh ketika berada di luar negara.
“Kami memberi tumpuan membuat sut lengkap James Bond. Industri jahitan sebenarnya agak suram dan anda mahukan cabaran seperti ini,” kata ketua projek khas untuk Garrison Bespoke, David Tran.
Tran berkata, sut itu hasil inspirasi perbualan dengan seorang pelanggan yang terselamat selepas ditembak di negara asing enam bulan lalu.
Pada kunjungan berikutnya ke kedai itu, beliau mengaku masih tergamam dengan kejadian itu.
“Selepas lima minit, kami terfikir, ‘Bolehkah kami menghasilkannya? Kami mula memikirkannya selepas itu,” kata Tran.
Masukkan 6 lapisan nano karbon
Selaku pengasas jahitan pintar, syarikat itu tidak boleh dengan mudah menggunakan Kevlar, bahan perlindungan tempur biasa yang digunakan polis dan tentera.
Justeru, mereka berbincang dengan kontraktor yang dirahsiakan Tran, yang sebelum ini menyediakan perisai pelindung tubuh kepada komando Amerika di Iraq.
Sebaik saja sut dijahit, enam lapisan nipis nano karbon dimasukkan ke dalam lapisan belakang sut jaket dan di hadapan, membolehkannya terletak dengan elok.
Walaupun lebih banyak lapisan boleh ditambah untuk perlindungan tambahan, keselesaan dan memudahkan pergerakan boleh disesuaikan.
“Ramai eksekutif lelaki dalam industri kewangan, perlombongan dan minyak membuat pengakuan kepada kami bahawa mereka rasa tidak selamat serta gementar apabila berada di luar sana,” kata Tran.
AFP
[Wow] - Fesyen
Di laman sosial bergambar Tumblrs, kucing antara subjek yang sering mendapat perhatian.
Namun manusia tak pernah puas dan sentiasa berkreatif.
Mungkin bulu gebu dan aksi lincah sudah terlalu biasa, maka kini
pemilik kucing menghias binatang kesayangan mereka sebelum mengepos
gambarnya.
Trend yang sedang hangat diikuti adalah mengenakan stokin panjang pada kucing.
Pencetusnya adalah Katja Wulff dan teman lelakinya Dan, yang tinggal di Gothenburg, Sweden.
Mereka mempunyai tiga ekor kucing iaitu Gucci, Iggy dan Zappa tapi
hanya seekor iaitu Gucci sering dipakaikan stokin atau selar ketat
panjang.
Menurut Wulff, tiada masalah untuk melakukan sedemikian pada Gucci
kerana ia biasanya hanya duduk diam dan merelakan dirinya dipakaikan apa
sahaja sebelum diambil gambar.
Berasakan gambar-gambar Gucci dalam pakaian tersebut lucu dan comel,
pasangan kekasih ini kemudiannya memuatnaik gambar tersebut di
meowtfit.tumblr.com hingga menjadi tumpuan ramai.
Menurut Wulff dan Dan, kucing yang paling sesuai digayakan dengan
stokin ketat adalah kucing Siam dan Mesir memandangkan baka ini
mempunyai naluri ingin tahu dan gemarkan perhatian.
Sumber: Metro UK
[Wow] - Fesyen
Pengeluar pakaian dalam wanita paling elegen, Victoria’s Secret (VS)
akan kembali mengadakan pertunjukan fesyennya yang kerap dinantikan di
seluruh dunia.
Tahun ini ia akan diadakan pada 10 Disember depan dengan disertai
model-model paling
ternama dunia memakai baju tidur dan pakaian dalam
wanita yang intim.
Menurut maklumat industri hiburan, Candice Swanepoel akan memaki bra
bernilai RM30 juta yang dicipta untuk Victoria’s Secret oleh pembuat
barang kemas Mouawad.
Ini kali pertama Candice akan memakai bra fantasi dari VS.
Bra berkenaan akan memiliki 4,200 permata termasuk berlian, sapphires kuning, ruby yang diikat dengan emas 18 karat.
Paling hebat… ruby seberat 52 karat yang dipotong bentuk buar pir…lihat gambar di bawah…:
[Wow] - Fesyen
Percayakah anda gumpalan rambut manusia boleh dijadikan pakaian?
Jika tidak, anda wajib mengubah fikiran kerana sememangnya ada
pakaian pengantin yang direka dengan gumpalan rambut sepanjang 250
meter.
Gumpalan ini diperolehi daripada puluhan ribu rambut individu yang
berlainan, 1,500 kristal dan 12 skirt bawahan dan dicipta oleh bintang
rancangan bersiri, My Big Fat Gipsy Wedding, Thelma Madine.
Dengan tenaga kerja seramai lapan orang termasuk pembuat pakaian
pengantin, Nico dan salon dandanan rambut, Voodou, gaun 33 paun ini
disiapkan dalam masa 300 jam.
Cantik, tapi berani ke nak pakai untuk majlis perkahwinan?
[Wow] - Fesyen
NAOMI Campbell mungkin kelihatan masih lincah dan memiliki potongan
supermodel ketika melangkah di pentas peragaan sempena pertunjukan
fesyen Atelier FW13 Couture oleh Versace baru-baru ini, tapi hakikatnya
dia telah melakukan satu pengorbanan yang kedengaran tidak masuk akal.
Menurut Naomi, dia hanya minum jus semata-mata sebelum tarikh
peragaan agar tubuhnya muat elok dengan jubah Versace yang disarung pada
hari berkenaan.
Perkara ini terpaksa dilakukan apabila Naomi kembali ke pentas
peragaan selepas lebih sedekat tidak muncul namun berazam untuk
kelihatan sama seperti dahulu.
Akuinya, selama sepuluh hari dia hanya mengambil jus karot, nenas dan halia.
Bagaimanapun apabila mengingat kembali bagaimana respon penonton yang
kelihatan kagum melihat dia sama seperti dahulu sebaik sahaja muncul,
Naomi menyatakan semua itu berbaloi.
[Wow] - Fesyen
Seorang billionaire dari China, Jon Jiang telah melaburkan sebanyak £130 juta untuk menghasilkan filem ala Avatar. Namun hasilnya sungguh mengecewakan apabila cinematography yang lemah dan efek 3D yang sangat ketinggalan zaman seolah-olah kartun. Cerita yang berkisarkan cinta diantara seorang manusia biasa dengan seekor ikan duyung. Filem ini memakan masa 3 tahun untuk disiapkan dan menggunakan gadis Bond, Olga Kurylenko sebagai watak utama.
[Wow] - Fesyen
Koleksi terkini dari Tom Browne untuk musim luruh 2012. Sudah takde idea kot pereka fesyen nih..
Laporan asal Style
Laporan asal Style
[Wow] - Fesyen
Seluar bercorak otot manusia @ Anatomical Leggings ni memang kreatif dan unik. Tapi macam pelik pulak kalau pakai ni. Ngeri pun ada.. Apa pun, layan je la gambar ni..
[Wow] - Fesyen
Ramai daripada kita lebih suka mengenakan seluar daripada kain denim kerana keselesaannya.
Yang terbaru, terdapat rekaan kasut mencecah betis yang dijahit bersama-sama selipar atau sandal sekali gus menjadikannya kelihatan seperti boots.
Yay or Nay untuk fesyen sebegini?
Mungkin bagi yang mahu mencipta kelainan, fesyen ini boleh digayakan untuk tampil unik dan lain daripada kebanyakan orang di luar sana.
[Wow] - Fesyen
Jenama pakaian sukan luncur yang sudah 40 tahun bertapak, Billabong International Ltd (BBG) kini berdepan berkemungkinan akan ditutup selepas ia mengalami kerugian tiga kali ganda.
Menurut laporan Bloomberg, Billabong yang diasaskan oleh Gordon Merchant pada tahun 1973 telah membantu menaikkan budaya sukan luncur Australia di seluruh dunia, dan telah menyaksikan pasaran Billabong meningkat.
Namun sejak dua tahun lalu, pendapatan syarikat Billabong semakin menyusut setelah beberapa pesaing termasuk Abercrombie & Fitch Co (ANF) mula menguasai pasaran.
Syarikat yang berpangkalan di Gold Coast, Australia itu setakat ini sudah menutup 158 kedai, membatalkan hubungan niaga dengan sepertiga pembekalnya dan mengurangkan 15 peratus kakitangan di bahagian Eropahnya.
[Wow] - Fesyen
Corak belang amat jarang sekali dipakai oleh sesetengah individu terutama di kalangan remaja kita masa kini. Ini kerana corak belang atau jalur ini agak sukar digayakan kerana sebarang kesilapan anda boleh kelihatan semakin besar dari saiz sebenar anda jika pakaian itu coraknya jalur melebar manakala jika corak pakaian itu memanjang ke bawah anda kemungkinan akan kelihatan lebih tinggi atau terlebih tinggi sperti galah.
Walaubagaimana pun corak belang tetap ada daya tarikannya yang tersendiri dan sebenarnya amat menarik dan seronok digayakan sekiranya ada sedikit suntikan elemen ranggi dalam setiap pemakaian anda.
Jadi, di sini kami ingin kongsikan beberapa tip cara pemakaian corak berbelang agar anda di luar sana kelihatan bergaya.
Apa kata anda abaikan mitos horizontal yang dikatakan akan menampakkan anda kelihatan lebih besar.
Abaikan mitos belang horizontal akan menampakkan anda lebih besar
Anda boleh menggayakan apa jua corak asalkan anda sentiasa berkeyakinan mengenakannya. Harus diingat, fesyen kini semakin hilang peraturan. Jadi cubalah apa sahaja yang anda inginkan. Keyakinan adalah faktor utama untuk anda berfesyen.
Semakin lebar belang, kamu nampak semakin menonjol
Andai anda masih gusar tentang corak belang, cubalah dengan cetakan yang kecil dahulu dan kemudian bimbing gaya dengan mengenakan corak jalur yang semakin lebar selepas itu. Belang dengan cetakan kecil sesuai digayakan untuk ke pejabat dan dipakai bersama seluar pendek atau panjang.
[Wow] - Fesyen
Tidak ramai yang tahu bahawa warna metalik boleh membangkitkan aura glamor kepada si pemakainya. Untuk menggayakan busana metalik ini, tidak perlu mengenakan terlalu banyak aksesori kerana ianya sudah cukup untuk menimbulkan aura glamor.
Namun, yang kurang menarik mengenai pemilihan warna ini adalah ia tidak sesuai bagi mereka yang bertubuh gempal. Ini kerana warna metalik akan membuatkan si pemakai akan kelihat lebih besar dari saiz sebenar.
Pun begitu, ia tidak bermakna wanita atau lelaki yang bertubuh gempal tidak boleh menggayakan warna metalik ini. jika tidak boleh guna dalam pakaian, ia boleh dikenakan pada tudung, beg tangan ataupun kasut.
Tampilkan kelainan dalam penampilan anda untuk menjadikan gaya anda berbeza. Jangan bataskan fesyen anda hanya kerana anda lihat tubuh anda tidak menarik.
Jika anda ingin mengikuti trend fesyen semasa, anda haruslah berani dan juga perlu berhati-hati. Tanya pendapat orang lain yang lebih tahu untuk mendapat gaya yang menarik. Jangan hanya mengikuti peredaran trend tanpa mengambil kira kesesuaian diri agar anda tidak menjadi 'mangsa fesyen'.
[Wow] - Fesyen
Warna putih adalah warna yang tidak lapuk dek zaman. Jika anda bijak menggayakan pakaian warna putih, pelaburan membeli pakaian warna putih memang sangat berbaloi walaupun dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi.
Namun tidak ramai yang berani memakai putih kerana ia mudah kotor, selain ramai yang risau memakai putih akan menggandakan bentuk badan.
Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda menggayakan pakaian berwarna putih ini. Jika anda bika menyuai pada tentu tak jadi masalah.
1. Bagi anda yang memiliki pinggang yang lebar, cuba gayakan jaket putih dan padankan dengan tali pinggang yang berona gelap. Elakkan memilih gaun pendek yang mengikut bentuk badan.
2. Bagi menampakkan peha kita kecil, elakkan memakai seluar atau denim putih, sebaliknya pilih gaun berpotongan A-Line, sama ada labuh atau pendek.
3. Jika anda dikurniakan dada yang besar, cuba elakkan menggayakan helaian putih polos yang ketat, tapi cuba pilih yang mempunyai perincian di dada seperti ropol atau jurai untuk menyembunyikan saiz sebenar dada anda.
4. Sekiranya anda bertubuh kecil, cuba suai padan berlapis seperti kemeja putih bersama jaket trench yang berona sama.
Diharap dengan tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!
[Wow] - Fesyen
Anugerah yang memberi kuasa kepada peminat remaja mengundi itu telah diacarakan oleh Darren Criss dan Lucy Hale.
Antara yang kelihatan pada majlis itu ialah bintang remaja terkemuka dunia seperti Selena Gomez, One Direction, Miley Cyrus dan kumpulan Paramore.
Di bawah ini penulis kongsikan fesyen-fesyen santai yang disarung oleh barisan artis terkenal ini buat tatapan pembaca.
[Wow] - Fesyen
Subscribe to:
Posts (Atom)





















Recent Comments