Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Belum ada rezeki untuk timang anak! 

Itulah yang berlaku terhadap Fiza Halim apabila mengalami keguguran anak pertamanya bersama suami Adam AF kira-kira sebulan lalu selepas dia disahkan hamil tujuh minggu. 

"Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran. 



"Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu," ujar Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 32, dipetik sebagai berkata. 

Tambah Adam, apa yang terjadi dalam rumah tangganya sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat mereka berdua. 

"Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami," katanya yang ditemui media semalam pada sidang media program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah di Hotel Royale Chulan, The Curve, Damansara, Petaling. 

Untuk rekod, hasil perkahwinan Fiza terdahulu, dia mempunyai dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5. 



Myartis.com

ALOR GAJAH – Lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 212.4 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa Azman Haris, 49, dikatakan dalam perjalanan dari Kemaman ke Johor Bahru.
Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbalik sebelum berpusing ke bahu jalan.
“Ekoran hilang kawalan, kereta yang dipandu mangsa terbalik sebelum berpusing lebih lima kali.
“Mangsa yang tercampak ke bahu jalan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. ,” katanya. – Harian Metro Online

SECARA umumnya pengiklanan Google di halaman web sudah lama diperkenalkan dengan menggunakan plaform pengiklanan Google Adsense.
Pihak Google Adsense juga telah mengumumkan penggunaan iklan dalam Bahasa Melayu, maka berkoyan-koyanlah pembangun web di Malaysia yang memohon untuk mendapatkan akaun percuma platform pengiklanan online paling berpengaruh ini.
Namun, harus diketahui dan diambil tahu bahawa bukan semua iklan di dalam Google Adsense itu sesuai ditayangkan kepada pengunjung laman sesawang.

Lihat sahaja contoh yang terjadi kepada laman sesawang Waktu Solat Malaysia, agak lucu bukan?
Melalui halaman Twitter penyampai dan pengacara stesen radio BFM, Ezra Zaid, beliau berkongsikan pautan gambar di mana penggunaan iklan Google Adsense di laman web Waktu Solat Malaysia sememangnya tidak sesuai dan berunsurkan lucah.
Pihak pembangun laman Waktu Solat Malaysia seharusnya menetapkan terma dan tetapan bagi sesetengah iklan ini yang bakal mengundang sedikit ‘ketidak selesaan’ kepada pengguna.
Unsur-unsur seperti iklan daripada dating site contohnya boleh ditetapkan sebagaimana imej yang dipaparkan mungkin tidak sesuai.

MEMILIKI raut wajah kacak serta mempunyai tubuh badan sasa atau ‘sado’ sememangnya bonus buat kaum Adam.
Namun, siapa sangka kelebihan itu membuatkan seorang lelaki dari Kelantan mendapat mendapat perhatian meluas dan menjadi popular di laman sosial gara-gara memuat naik gambarnya sedang menjual ayam.
Kami sendiri ternganga tambah speechless apabila melihat foto viral ‘Abam sado’ ini. Tidak hairanlah, ramai yang memuji kan?

Erm, boleh tergugat Zul Ariffin, Fahrin Ahmad dan beberapa selebriti berbadan sado yang lain jadinya.
Menurut sumber, jejaka yang bernama Fadir Che Ahmed, 28 adalah peniaga ayam di J-Ayam Fresh Jeli Lama yang menetap di Kampung Jeli, Kelantan.
Memang style dan macho habislah Abam sado ini menjual ayam! – MYNEWSHUB.CC

IPOH – Pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran Jalan Lahat di sini kelmarin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam premis itu tanpa seurat benang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada jam kira-kira jam 12.10 malam, pihaknya menerima aduan daripada orang awam, memaklumkan terdapat seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berbogel di hadapan sebuah restoran.
“Ketua balai bersama anggotanya bergegas ke restoran berkenaan dan menahan lelaki berusia 30 tahun terbabit.
“Lelaki tersebut dibawa ke Balai Polis Menglembu sementara warisnya yang dipercayai tinggal di kawasan berhampiran dikesan,” katanya.
Chang Keong berkata, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya mengesan keluarga lelaki terbabit yang segera datang mengambilnya di balai polis. – Sinar Harian Online

KECOH semalam apabila video seorang pekerja KFC Taman Putra, Ampang menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan pelajar menerima pelbagai tomahan pengguna di media sosial.
Susulan video viral tersebut, hari ini pihak KFC Malaysia melalui laman Facebook milik mereka telah tampil memohon maaf atas tindakan biadap yang dilakukkan oleh pekerja mereka itu.
Di dalam kenyataan permohonan maaf itu, pihak KFC memberitahu mereka menerima aduan orang ramai berkenaan video tersebut yang memaparkan kelakuan kurang sopan pekerjanya terhadap pelanggan.
Menurut kenyataannya, pihak KFC amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan supaya sentiasa berinteraksi secara baik dengan pelanggan.

KFC Malaysia telah menjalankan siasatan dan pekerja terbabit telah digantung kerja.
Pihak KFC juga telah menghubungi kumpulan pelajar yang terlibat bagi memohon maaf di atas tindakan kakitangannya yang berkelakuan seperti itu.
Namun, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana punca insiden dikatakan adalah kerana kumpulan pelajar tersebut yang degil dengan arahan dari pekerja terbabit.
Walau bagaimanapun, seseorang pekerja sepatutnya bertindak dengan lebih profesional jika bekerja dengan sebuah syarikat yang mana diwajibkan memakai ‘uniform’ rasmi.
Iyalah, segala tingkah laku dan tutur kata akan melambangkan imej syarikat terhadap masyarakat.
Apa-apa pun, langkah KFC Malaysia yang tampil untuk memohon maaf dilihat merupakan cara yang lebih baik supaya kes ini dapat ditutup.