Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Macam belum pernah pula pihak blogbahni buat 'Blog-Review'... ok.. for the first time blogbahni akan review satu blog english yang baru naik dipanggil SabahState. Kalau baca dari nama blog pun kamurang mesti tahu yang admin blog ini orang Sabah.

Apa yang ada dalam Sabah State ni?




Ok.. konsep Sabahstate ini lebih kurang macam infotainment.. macam blogbahni juga.. ada macam-macam berita atau info-info menarik dan terkini. Blog macam ini lah yang akan mendapat sambutan dari 'loyal-reader' tidak kira yang berada di dalam atau luar negara. so, Sabah State ini memang sesuai sangat bagi reader yang berminat untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di Sabah.



Last but not least, satu hal yang penting untuk menarik minat reader ialah 'Frequency atau kekerapan blog itu update dengan mengikuti perkembangan semasa. 

Di bawah ini disertakan link untuk anda semua follow Sabahstate.com




-

Dua lelaki di dalam gambar di atas adalah Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adalah jenis yang tidak mahu 'membesar' tapi apa yang best, mereka masih lagi berjaya buat duit yang banyak.

Bagaimana?

Dengan mencipta satu spray yang dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yang boleh menghasilkan bau yang tersangat busuk.

Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah - ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan. Dia menggunakannya untuk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yang dia tidak suka, dan pada saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yang sangat berkuasa.



Namun ramuan itu tidak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak. Hubungan yang tidak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya. Ketika itu dia sudah mengenali Masters yang turut mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.


Whitman dan Master meletakkan sedikit Liquid Ass berdekatan dengan mikrowave di bilik rehat dan menunggu 'bau' itu mula bekerja. Hasil dari cecair Liquid Ass, seluruh kawasan itu berbau busuk namun pekerja-pekerja lain tidak dapat mengenalpasti punca bau busuk itu walaupun mereka sudah mencuba pelbagai cara; termasuklah membaiki saluran air, menukar mikrowave, membuang karpet, dan menutup bilik air; namun tiada apa yang berhasil.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu namun tahu apa yang perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yang memerlukannya.

Whitman dan Masters masing-masing melabur $18,000 untuk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pada ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila. Isteri Whitman melawan sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila. Namun semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua tahun selepas itu.

Mereka mula dibanjiri dengan pesanan untuk Liquid Ass. Orang ramai membeli Liquid Ass untuk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dalam locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising. Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pada hakikatnya ia hanyalah produk yang sama. Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untuk prank, tetapi ia juga digunakan untuk melatih ahli perubatan professional.

"It's a great life", kata Whitman 

Bandar Coober Pedy di selatan Australia ini didirikan pada tahun 1915 oleh seorang pelombong emas. 

Uniknya, semua penduduk di sini membina kediaman mereka di bawah tanah atau gua lumpur malah bandar ini turut dilengkapi dengan gereja, muzium, galeri seni dan juga bar bawah tanah. Kini seramai 3,500 orang tinggal di sini.

Bandar ini adalah antara pengeluar batu opal dunia dan menjadi sumber utama pendapatan mereka. 








COLOMBO – Doktor di Hospital Mahamodera di sini, berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar dari mulut seorang bayi perempuan yang baru lahir kelmarin.
Menurut portal berita Hiru Gossip, bayi itu dilahirkan seorang wanita pada 26 Oktober lalu.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati sesuatu yang pelik pada muka bayi berkenaan dan mengesyaki ia ketumbuhan menyebabkan wanita itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Sebaik dilahirkan, doktor memberitahu mulut bayi terbuka luas dan mengalami sesak nafas serta tidak boleh menyusu.
Pembedahan selama 90 minit dijalankan tiga hari kemudian, bagi membuang ketumbuhan di mulut bayi itu.