Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Bergaya betul artis wanita Malaysia yang seorang nie. Siap pakai satu suit pakaian askar. Mungkin cita-cita dia masa kecik nak jadi komando, tapi disebabkan perutnya yang agak membuncit, permohonannya ditolak mentah-mentah oleh Kementerian Pertahanan.
Cuma mungkin muka tue kena buat bengis sikit. Baru la orang takut dan seram. Jika betullah askar wanita Malaysia pakai macam nie, mesti askar akan menjadi pekerjaan paling diminati oleh lelaki Malaysia.
Kami tak dapat mengenal pasti siapakah artis di atas sebab agak keliru walaupun mukanya tidak diconteng dengan arang. Sekali imbas nampak macam Fasha Sandha.
Siapa yang tahu tue kongsi-kongsi la ye dengan kami. Beautifulnara


KUALA LUMPUR : Berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi, dua premis di Jalan Sri Petaling, di sini dikesan menjalankan kegiatan maksiat dengan menawarkan pakej mandi bersama dengan wanita berpakaian bikini ditawarkan.
Pelanggan lelaki yang datang ke premis itu hanya perlu membayar sekitar RM100 hingga RM150 untuk mandi sebelum melakukan hubungan seks.
Berdasarkan risikan polis, pusat pelacuran itu yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu menjadi kegilaan golongan lelaki tempatan yang mengerumuni premis itu bermula jam 8 malam hingga 2 pagi.
Malah caj murah ditawarkan pusat urutan itu berbanding spa dan lokasi maksiat lain menyebabkan bilangan pelanggan didapati bertambah saban hari.
Kegiatan maksiat dianjurkan pusat urutan itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis itu serentak awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, 18 pelacur warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 25 tahun yang bertugas di premis itu diberkas.-HM


PENYANYI Justin Bieber melalui akaun twitternya mengucapkan takziah dan rasa sedih atas kematian seorang peminat fanatiknya bernama Alicia Tamboia.
Penyanyi lagu Baby itu turut memuat naik gambar-gambarnya bersama wanita tersebut sebagai penghormatan terakhir.
“Saya ingat ketika bertemu dengan Alicia beberapa kali dan dia merupakan antara tunggak yang menjalankan kelab peminat saya Belieber, terima kasih Alicia,” ujarnya.
Alicia dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat kemalangan jalan raya.

Wanita itu juga dikatakan salah seorang peminat yang sentiasa menyokong kerjaya penyanyi itu sejak daripada mula menceburi seni suara. – mStar


Apa yang dikesalkan, wanita ini kelihatan memimpin sebelah tangan anak kecil manakala sebelah lagi tangan anak tersebut dipimpin orang lain.
Isk, kalau pun dia tak perasan bajunya tu jarang sampai menampakkan coli dan seluar dalam takkanlah manusia seorang lagi yang menemaninya tu tak perasan dan terfikir nak nasihatkan dia kan?
Kepada kaum hawa di luar sana kami ingin nasihatkan anda semua supaya kasihanilah kaum lelaki yang turut berada di bazar Ramadan saban petang.
Kadang-kadang waktu berbuka dah hampir sangat tapi pahala puasa mereka tinggal ‘cukup-cukup makan aje’ disebabkan pakaian wanita seperti gambar di atas.

Memang kecoh satu negara apabila timbul cerita penyanyi rock terkenal Awie membelasah isterinya.
Kisah yang pada mulanya enggan diakui oleh Awie akhirnya pecah selepas dia didakwa di mahkamah disebabkan kes berkenaan.
Sampai sekarang, hanya kenyataan di pihak Awie sahaja didengari di dada media. Antaranya kepada Studio H Awie menyifatkan perkara ini sebagai hikmah dalam hidupnya dan meminta supaya tidak diadili sebelum tahu kisah sebenar.
Bagaimanapun sebuah blog, sangkakalajari9.blogspot.com tiba-tiba menjadi tumpuan ramai apabila menyiarkan jawapan balas daripada keluarga isteri Awie, Rozana Misbun berkenaan hal ini.
Blog berkenaan turut mendedahkan Rozana yang kini berada dalam perlindungan polis dan keluarga berkeadaan trauma dan mengalami gangguan emosi ekoran tindakan Awie memisahkannya daripada anak-anak.
Di bawah adalah kandungan blog tersebut yang kian tersebar di laman-laman hiburan online:

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar menimpa isteri artis terkenal yang baru-baru ini gambar keadaan beliau dibelasah oleh suaminya tersebar luas di dalam Facebook.
Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.
Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.
Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat daripada berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha, 4, sejak beberapa minggu yang lalu.
Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih
Surat nikah tidak berdaftar
Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.
Segala usaha yang dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.
Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.
Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.
Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.
Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.
Larangan berjumpa anak
Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.
Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah makhamah.
Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.
Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.
Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.
Kutukan terhadap Rozana
Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat ‘character assassination’ atau ‘pembunuhan karakter’ dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliau membazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide (berniat jahat) itu?
Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000 rupa-rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.
Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.
Jadi, atas kapasiti apa tuduhan ‘mencuri’ dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.
Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:
1) Apakah wujud istilah ‘curi’ dalam harta sepencarian?
2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga.. serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?
Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan. - REM RAMZI / MYNEWSHUB
Sumber: sangkakalajari9.blogspot.com



Ipoh: Akibat tidak berpuas hati dengan satu kes kemalangan maut, dua kumpulan bertindak ‘mengepung’ Balai Polis Kampung Baru Buntong di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata ahli keluarga kedua-dua pihak yang terbabit dalam kemalangan itu, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, lalu pergi ke balai polis untuk mendapatkan penjelasan. 

“Keadaan menjadi tegang apabila kedua-dua pihak masing-masing mendakwa mereka berada di pihak yang benar hingga mengakibatkan berlaku sedikit kekecohan. 

“Bagaimanapun, pegawai penyiasat kes itu memberikan jaminan akan menyiasat setiap aspek dan kes itu akan dikendalikan dengan sebaik mungkin,” katanya. 

Selepas berpuas hati dengan jaminan itu, kedua-dua kumpulan berkenaan meninggalkan pekarangan balai polis tanpa sebarang kejadian tidak diingini. 

Kemalangan motosikal 
Terdahulu, N Rajendran, 60, dari Taman Wing Onn di sini, maut dalam kemalangan di Jalan Ng Song Teik di sini, apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan motosikal lain.

Berikutan itu, anak mangsa membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan. 

Bagaimanapun, beberapa kenalan dan ahli keluarga Rajendran dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu, lalu mengepung rumah penunggang motosikal yang melanggar mangsa dan membuat kecoh. 

Polis berjaya menyuraikan kumpulan itu serta menahan beberapa individu yang mencetuskan kekecohan di rumah itu dan dibawa ke Balai Polis Kampung Baru Buntong. 

Tindakan polis itu mengakibatkan kumpulan berkenaan mengepung balai polis kerana tidak berpuas hati. 

Beberapa ahli keluarga penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu turut pergi ke balai polis untuk mendapatkan penjelasan berhubung kes itu hingga mencetuskan sedikit kekecohan di kawasan balai. -shaarani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pengurus sebuah kedai serbaneka terpaksa menggigit tangan seorang perompak bersenjatakan parang dalam usaha mematahkan cubaan suspek melarikan wang tunai miliknya berjumlah RM7,000.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 21 tahun dirompak penjenayah berhampiran kawasan Jinjang, Sentul, di sini, ketika sedang dalam perjalanan menuju ke bank berhampiran. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munasamy berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu memasukkan wang hasil jualan kedainya selama dua hari ke dalam bank. 

Katanya, dua penjenayah yang menaiki motosikal dikatakan muncul mendadak sebelum cuba meragut beg dibawa mangsa.

“Mangsa yang ketika itu mahu masuk ke dalam keretanya cuba melawan penjenayah. Dia bertindak menggigit sekuat hati tangan suspek menyebabkan penjenayah terpaksa melepaskan beg mangsa.

Muar: Seorang penjenayah mengalami nasib malang kerana bukan saja dibelasah, termasuk dengan kerusi, malah cedera parah ditetak mangsanya dengan parangnya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Tanjung Selabu, Sungai Raya, Bukit Pasir di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, sendirian dalam rumah apabila mendengar pintu depan diketuk dan menyangka rakannya datang untuk membetulkan paip bocor menyebabkan dia membukanya.
“Secara kebetulan saya tidak mengunci jeriji besi sebaliknya hanya mengunci pintu kayu dan sebaik membuka pintu, tiba-tiba kepala ditetak menyebabkan darah mengalir di dahi hingga menutup penglihatan saya.

“Saya mencapai kerusi kayu dan memukul lelaki di depan saya beberapa kali hingga kerusi itu patah sebelum mencapai parang dipegangnya dan menetak lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas kerana penglihatannya terganggu dengan darah namun terus memukul penyerangnya bertalu-talu sehingga semua tiga kerusi digunakan patah.