Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih mempunyai rasa malu apabila berusaha menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana tahu ia tidak betul dan melanggar hukum agama.
Kalau ada yang mahu menunjuk kebahagiaan hidup bersama kekasih sejenis pun, mereka masih hati-hati apabila gambar intim bersama pasangan sesat hanya dikongsikan di laman sosial tertutup.

Namun remaja Melayu beragama Islam dan berasal dari negeri Serambi Mekah di bawah  ini nampaknya mempunyai ketebalan muka luar biasa apabila tidak kisah beraksi romantik dan mesra dengan kekasih sama jantina lalu memuat naik di Facebook miliknya untuk tatapan semua orang.






Apa yang kami pelik, ramai kawannya ikut sama sengal apabila menekan LIKE dan memuji gambar yang boleh membuatkan manusia normal muntah sebagai ‘sweet’ malah mendoakan kebahagiaan mereka (pengsan).

Kalau kami yang tak kenal remaja ini pun terbuntang biji mata dan mengusap dada istighfar melihat aksi manja dia bersama ‘cik abe’ bagaimana agaknya reaksi mak ayah dia kalau dapat tahu?
Sweet kepala ban*! – MYNEWSHUB.CC


ADUHAI…ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.
Selepas reda isu DNA babi beberapa bulan lalu, seorang pengguna Facebook, Sima Iman telah memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan kehadiran ulat dalam coklat Dairy Milk Blueberry.
Katanya:
“Nmpk x ap yg ad dlm cklat ni..sllu nye tngk kt lam fb je org post..skrg trjdi kt dri sndri..sejk kes ad DNA tut 2 memg dh xbli lg..tp ari ni blh plk en suami nk mkn..memg sumpah ak xkn bli lg n xkn mkn cklat jnme ni.. Ya Allah..nsib baik la ak memg dh xde slera ngn cklat nme ni lg..”

Menerusi gambar yang disertakan, coklat tersebut ternyata dibuat di kilang Cadbury yang terletak di Shah Alam.
Menurut Sima, tarikh luputnya ialah pada 6 Januari 2015.
Memandangkan status ini sudah dikongsikan secara meluas di laman sosial, mungkin pihak Cadbury sudah menerima perkhabaran ini.
Sebaiknya kita dengar penjelasan dari pihak kilang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.




SHAH ALAM – seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.
Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.
“Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i’ll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!”, kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM.
“None of the universities in Malaysia can beat UiTM’s MDS when it comes to silly slot and wasting time” tambahnya lagi di laman sosial sama.
Wartawan UNC sempat menemuramah beberapa mahasiswa UiTM berkenaan respon mereka tentang pelajar tersebut, rata-ratanya kecewa dengan tindakannya sebagai pelajar baru yang hanya bergelar sebagai mahasiswa selama 3 hari dan telah menunjukkan sikap yang tidak bersyukur selain memalukan UiTM.
Amier Atief, penuntut Asasi Undang-undang UiTM dalam responnya menjelaskan tindakan pelajar ini memperlihatkan bahawa dia langsung tidak bersyukur mendapat tempat di UiTM, manakala Firdaus Zaki dalam kenyataannya menjelaskan pelajar tersebut hanya inginkan perhatian.
Media UNC turut mendapatkan komen melalui twitter antaranya ialah respon daripada Syahmi Suhaimi berkenaan pelajar tersebut; “Antara anak melayu yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Hanya mahukan kesenangan untuk diri sendiri.
Dalam pada itu, Media UNC sempat menghubungi pegawai HEP yang terlibat dengan kursus orientasi, Minggu Destini Siswa UiTM, beliau menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Jelasnya setiap slot yang disediakan adalah lebih kepada mempermudahkan mahasiswa itu sendiri sebagai pelajar baru supaya dapat menyesuaikan diri di alam universiti selain diuruskan oleh fasilitator yang terlatih.
Walau bagaimanapun, sebaik ditanya responnya berkenaan status twitter pelajar tersebut, jelasnya tegas dengan harapan agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, lebih ramai diluar sana pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang memilih UiTM tetapi terpaksa membuat rayuan kerana tidak mendapat peluang.
Sebelum itu UiTM dilaporkan menerima lebih 3000 mahasiswa dengan jumlah keseluruhan mencecah 2279 siswi dan 1014 siswa sehingga tengahari tadi. – UNIVERSITY NEWS CAPITAL

MUNGKIN bayi ini adalah bayi paling ‘cool’. Apa tidaknya dia menunjukkan isyarat ibu jari ketika imbasan ultrasound dilakukan ke atas ibunya.
Imej berkenaan dikongsikan oleh bapa bayi itu, Brandon Hopkins dalam Facebooknya beberapa hari lalu.
Adik Hopkins kemudiannya berkongsi gambar berkenaan dalam Reddit, hinggakan ia menjadi viral.
“Adik saya menghubungi saya  dan memberitahu bayi saya kini jadi popular,’’ kata Hopkins.
Bayi berkenaan dijadual dilahirkan pada bulan Januari ini.
Hopkins dan isterinya juga hanya mahu mengetahui jantina bayi itu tidak lama lagi.

Asalnya perbuatan selfie atau mengambil gambar diri sendiri oleh manusia zaman sekarang boleh dianggap satu trend biasa.
Tapi lama kelamaan makin banyak pula mudarat dapat dilihat daripada perbuatan ini terutama bila monopod diperkenalkan dan jatuh ke tangan manusia tak bermoral.
Sebagai contoh aksi pasangan remaja berkucup penuh ghairah sambil merakamnya menggunakan bantuan monopod yang telah tersebar meluas di laman sosial ini. Apabila tersebar memang ramai yang mengutuk tapi tak kurang ramai juga adik-adik kita di luar sana yang kurang cerdik dan mungkin akan menirunya.
Jika dilihat lokasi sekitar gambar ini dipercayai diambil secara terbuka di sebuah pantai. Dari sini dapat dilihat, generasi muda hari ini memang makin tak ada rasa malu.
Apa agaknya tujuan mereka berkucup sambil merakam gambar?
Kot ye pun ‘darat’ sangat tak pernah jumpa monopod dan baru pertama kali nak mencubanya, banyak lagi aksi lain boleh dirakam untuk try fungsi benda alah tu kot. 

SETIAP bandar raya utama dunia terletak berhampiran sungai. Misalnya Sungai Thames di kota raya London, Britain kekal sebagai sungai kawasan bandar paling bersih di dunia bagi dua dekad berturut-turut.
Saintis alam sekitar di Sekolah Biosains Universiti Cardiff, Dr. Ian Vaughan dan Prof. Steve Ormerod berkata, Sungai Thames diumum sebagai paling bersih selepas pihaknya menjalankan kajian terhadap 2,300 sampel air sungai di kawasan bandar seluruh dunia.
Menerusi kajian selama dua dekad mendapati, pasukan penyelidik yang diketuai Vaughan mengambil sampel air serta menguji tahap kesihatan 78 jenis hidupan akuatik yang terdapat di sungai-sungai urban seluruh dunia.
Kajian yang sama, mendapati banyak sungai di bandar raya utama tercemar akibat pelepasan sisa industri berat sehingga menyebabkan penurunan kualiti air.
Kajian tersebut turut menyimpulkan, pengawalan dan penambah baik secara berterusan dalam program pemuliharaan sungai dilakukan pihak berkuasa di Britain berjaya mengelak pencemaran ekosistem Sungai Thames.
"Analisis yang dilakukan jelas menunjukkan banyak hidupan akuatik sangat sensitif terhadap perubahan iklim dan suhu (sungai).
"Haiwan akuatik memerlukan bekalan oksigen. Apabila suhu sungai meningkat, kadar oksigen dalam air menurun dan haiwan akuatik akan mencari habitat baharu.
"Usaha keras pihak berkuasa mengawal pencemaran sungai bermula dari longkang di kawasan bandar telah mendorong haiwan akuatik terus membiak," kata Vaughan.
Omerod pula berkata, ikan salmon merupakan antara contoh hidupan akuatik yang menghuni Sungai Thames dan ia menunjukkan kualiti sungai itu berada di tahap terbaik.
"Berbeza di kawasan pedalaman di Britain, kadar pencemaran beberapa sungai sedang meningkat sehingga tahap membimbangkan.
"Ia disebabkan kegiatan perladangan di kawasan tanah tinggi. Sangat penting untuk pihak berkuasa meningkatkan usaha mengawal pencemaran sungai di kawasan pedalaman sama seperti di bandar," kata Omerod. - Reuters


KUANTAN - Seorang lelaki warga Perancis, Jerome Philippe Laurent dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti bersnorkel di hadapan Berjaya Tioman Resort di Pulau Tioman kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang sebelum anggota dari Balai Polis Tioman keluar mencari Laurent, 24.
"Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat pelancong itu terpaksa dihentikan berikutan cuaca gelap pada hari tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, pada pukul 8 pagi semalam, 26 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama tiga buah bot berada di lokasi kejadian meneruskan usaha mencari dan menyelamat lelaki itu.
"Sehingga lewat petang ini (semalam), nasib lelaki Perancis itu belum diketahui," kata beliau.
Johari memberitahu, pelancong terbabit disedari hilang pada pukul 5.30 petang kelmarin selepas rakannya menyedari Laurent tidak pulang ke chalet mereka.


Kosmo online



PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Grand iaitu Amy mengaku salah dan  berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat.

Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu.

“Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.

“Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.




Terdahulu pada Isnin lalu mStar Online melaporkan luahan hati penyanyi  Kristal iaitu Razlan yang kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit.

Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika individu itu gagal mengembalikan wang berkenaan.

Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut.

Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.


Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.



"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.

“Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tulis Amy dalam FB miliknya.

Sementara itu Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada mStar Onlinepada malam Rabu tidak lagi mempercayai kata-kata bekas anggota kumpulan Grand itu.

Ujar Lan, individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.

"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya. 

"Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan.

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui keluarganya merestui percintaannya dengan penyanyi Adira.

Shahrul, 28, berkata, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23,  sudah pun bertemu dengan keluarganya dan mereka cukup senang dengan penyanyi itu yang ramah selain bijak mengambil hati kedua-dua orang tuanya.

"Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

"Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah," katanya.
Shahrul ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Shahrul sudah bersedia untuk melamar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8) itu  sebagai isteri, namun kerana kesibukan kerja masing-masing membuatkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Tambahan  pula mereka masih lagi muda dan mungkin merancang akan menamatkan zaman bujang dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

"Saya rasa bila dah kahwin, kita perlu fokus pada keluarga pula dan kerja berada di tempat kedua.

"Jadi mana-mana kerja yang membabitkan masa saya sepenuhnya, saya utamakan dahulu. Saya tak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula," ujarnya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai penghijrahan imej Adira dengan memakai tudung dia bersyukur dengan penampilan baharu kekasihnya itu.

Kata Shahrul, sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat untuk melihat Adira bertudung, namun tidak memaksa penyanyi itu berumah imej dengan segera.

"Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana doa saya ingin melihat Adira bertudung dimakbulkan.

"Saya tak pernah pun paksa dia. Tetapi saya cuma bercakap dengannya yang saya suka jika dia bertudung.

"Kalau nak tahu, Adira seorang yang suka dibimbing dan diberi nasihat. Dia senang dididik," tuturnya. Mstar

Bronx (Amerika Syarikat): Seorang lelaki memenggal kepalanya dalam satu tindakan membunuh diri apabila mengikat kepalanya pada sebatang tiang sebelum memecut keretanya.
Polis berkata, lelaki berkenaan, Tomas Rivera, 51, dari Port Jervis, mengikat hujung rantai pada tiang lampu dan satu lagi pada lehernya sebelum memecut kereta Honda CRV. 
Sebaik kereta itu bergerak laju, rantai itu menjerut lehernya dan menyebabkan kepalanya putus daripada badannya sementara kereta itu terus bergerak merempuh beberapa kereta di sekitar kawasan berkenaan. 

Sumber polis berkata: “Ia sungguh mengerikan. Dia mahu memastikan tindakannya berjaya.”

Siasatan awal menunjukkan lelaki itu membunuh diri dan polis tidak mengesyaki ada orang lain terbabit. - Agensi




New Delhi: Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.

Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.

“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.
Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. - Agensi

Petaling Jaya: Hanya kerana bimbang diberkas polis berikutan tidak mempunyai lesen memandu, sepasang remaja bertindak agresif memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Lembah Baru Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara Petaling Jaya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, remaja terbabit cuba melarikan diri sebaik ditahan anggota polis di kawasan perindustrian di Kota Damansara.
Tindakan ‘berani mati’ itu bagaimanapun mengundang padah apabila mereka terbabit kemalangan selepas merempuh sebuah kereta model Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku apabila anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak kereta dinaiki pasangan remaja berusia 17 tahun itu.

Menurutnya, pihak polis kemudian cuba menahan remaja terbabit untuk pemeriksaan lanjut.
“Panik melihat kehadiran kereta peronda polis, suspek terus memecut laju dan melarikan diri menyebabkan anggota polis mengejar mereka.

“Suspek mulanya melarikan diri ke arah susur keluar Damansara Lebuh raya NKVE namun bertindak berani berpatah semula dan melawan arus,” katanya.

Tindakan suspek mengundang padah apabila sebuah kereta Honda Civic yang melalui lebuh raya itu menghala ke Subang Jaya gagal mengelak sebelum merempuh kereta dipandu remaja itu.

Azmi berkata, pemandu kereta Honda Civic terselamat dalam kejadian itu sementara suspek mengalami kecederaan ringan.

“Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Harian Metro

Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus. 
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam. 

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. -Harian Metro