Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sungai Thames Urban Di Kota London Terbersih Di Dunia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SETIAP bandar raya utama dunia terletak berhampiran sungai. Misalnya Sungai Thames di kota raya London, Britain kekal sebagai sungai kawasan bandar paling bersih di dunia bagi dua dekad berturut-turut.
Saintis alam sekitar di Sekolah Biosains Universiti Cardiff, Dr. Ian Vaughan dan Prof. Steve Ormerod berkata, Sungai Thames diumum sebagai paling bersih selepas pihaknya menjalankan kajian terhadap 2,300 sampel air sungai di kawasan bandar seluruh dunia.
Menerusi kajian selama dua dekad mendapati, pasukan penyelidik yang diketuai Vaughan mengambil sampel air serta menguji tahap kesihatan 78 jenis hidupan akuatik yang terdapat di sungai-sungai urban seluruh dunia.
Kajian yang sama, mendapati banyak sungai di bandar raya utama tercemar akibat pelepasan sisa industri berat sehingga menyebabkan penurunan kualiti air.
Kajian tersebut turut menyimpulkan, pengawalan dan penambah baik secara berterusan dalam program pemuliharaan sungai dilakukan pihak berkuasa di Britain berjaya mengelak pencemaran ekosistem Sungai Thames.
"Analisis yang dilakukan jelas menunjukkan banyak hidupan akuatik sangat sensitif terhadap perubahan iklim dan suhu (sungai).
"Haiwan akuatik memerlukan bekalan oksigen. Apabila suhu sungai meningkat, kadar oksigen dalam air menurun dan haiwan akuatik akan mencari habitat baharu.
"Usaha keras pihak berkuasa mengawal pencemaran sungai bermula dari longkang di kawasan bandar telah mendorong haiwan akuatik terus membiak," kata Vaughan.
Omerod pula berkata, ikan salmon merupakan antara contoh hidupan akuatik yang menghuni Sungai Thames dan ia menunjukkan kualiti sungai itu berada di tahap terbaik.
"Berbeza di kawasan pedalaman di Britain, kadar pencemaran beberapa sungai sedang meningkat sehingga tahap membimbangkan.
"Ia disebabkan kegiatan perladangan di kawasan tanah tinggi. Sangat penting untuk pihak berkuasa meningkatkan usaha mengawal pencemaran sungai di kawasan pedalaman sama seperti di bandar," kata Omerod. - Reuters

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments