Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Syabas dan tahniah diucapkan kepada kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London kerana berjaya mengatasi masalah dan bahaya yang dilakukan oleh seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika di dalam pesawat semalam.
Lebih bermakna, pesawat itu membawa Datuk Bandar London Boris Johnson yang dalam penerbangan pulang dari Kuala Lumpur selepas tamat lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan-akan tidak waras sebelum anak-anak kapal MAS menghalang perbuatannya.
“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan kru kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.
Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama penumpang itu tetapi dia berusia 43 tahun dan berasal dari Britain.
Suspek yang bertindak ganas ketika dalam penerbangan itu ditahan sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.

Seorang rakan kongsi syarikat pelaburan terkenal di London, Passion Capital Eileen Burbidge memuji anak kapal kru pesawat MH2 yang bertindak pantas menyelamatkan keadaan.
“Kagum dengan kru kabin pesawat MH2 dari Kuala Lumpur ke London, tahap profesionalisme yang tinggi menguruskan seorang penumpang yang bertindak ganas,” katanya di Twitter. 
Johnson sebelum itu berada di Kuala Lumpur selama tiga hari untuk lawatan kerja bertemu rakan sejawatannya di Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. - MYNEWSHUB.CC

Serian – Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas sejam dilaporkan hilang di Kampung Bayor, Balai Ringin, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika bayi terbabit Matles Marselino berseorangan bermain di belakang rumah yang turut menempatkan sebuah kolam dengan kedalaman 0.3 meter.
Sumber polis berkata, kehilangan Matles disedari sejam kemudian selepas wanita itu tidak melihat kelibat bayi terbabit sebelum keluar mencari di sekitar belakang rumah.
“Ibu mangsa cuba memanggilnya, namun tiada sahutan sebelum mencari berhampiran kolam terbabit dan melihat anaknya dalam keadaan keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu.
“Wanita itu cuba menggerakkan tubuh anaknya, tapi tiada tindak balas lalu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Bayi itu dikejarkan ke Klinik Desa Balai Ringin, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya. – myMetro Online



KEMBOJA – Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.

Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.

Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu. Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.

Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.

“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya


Tahun 1965, Apasra Hongsakula ialah wanita pertama yang mewakili negara Thailand dalam pertanding Miss Universe. Wanita ini juga pernah memenangi gelaran Thailand's First ever Miss.


Apasra yang dilahirkan pada 1947 kini sudah berusia 67 tahun. Namun rupa wajahnya masih kelihatan seperti usia 20 ke 30 tahun. Dia kini kelihatan lebih cantik, menawan dan gojes dari yang sebelumnya.

Ianya amat menakjubkan, bagaimana beliau boleh mengekalkan kecantikannya bertahan begitu lama semenjak era 60-an? Jika dilihat dari gambar lama, dia kelihatan hanya beberapa tahun berbeza dari usia dalam gambar tersebut.

Lagi beberapa gambar beliau di bawah:











Bruuh kanak-kanak kini tidak lagi boleh diterima masyarakat. Kanak-kanak perlu pergi ke sekolah bagi memastikan masa depan mereka cerah dan mempunyai peluang untuk keluar dari kemiskinan. Di Amerika Syarikat penggunaan buruh kanak-kanak dibenarkan sehingga 1938. Usaha mengharamkan penggunaan buruh kanak-kanak sudah bermula sejak 1900. Pada waktu tersebut hampir 2 Juta kanak-kanak diantara umur 5-10 tahun dipercayai dikerah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perkilangan. Gambar-gambar di bawah diambil oleh Lewis Heinuntuk digunakan sebagai bukti kekejaman yang berlaku terhadap buruh kanak-kanak. Kanak-kanak digunakan kerana mereka lebih murah dan dipaksa membantu keluarga. Di dalam lombong mereka lebih pantas bergerak kerana tidak terlalu tinggi. Di kilang tekstil pula mereka boleh merangkak ke dalam mesin untuk membersih datau membaiki mesin yang rosak. Ramai yang meninggal dunia dan cacat seumur hidup akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Usaha Lewis Hein dan National Child Labor Committeememastikan kanak-kanak Amerika Syarikat sekarang hampir 100% bebas dari menjadi abdi.

Sementara itu di Malaysia semua orang tahu ada kanak-kanak dipaksa mengumpuk"derma" untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Jual kalender dan ubat sapu. Dari pagi ke malam mereka menjual produk dari meja ke meja. Satu Malaysia tahu. Menteripun tahu. Wartawan akhbar juga tahu tapi kenapa mereka masih diperhambakan? Ini ialah sesuatu yang memalukan negara. Ini membuktikan dari segi hak kanak-kanak, kita masih setanding Amerika Syarikat sekitar 1900. Menyedihkan!






SETELAH agak lama menyepi dari dunia seni kini Madonna, 56, telah tampil membuat sebuah lagu bersama dengan Avicii berjudul "Rebel Hearts" Hit The Net.

Beliau yang telah dijemput oleh Majalah Interview untuk promosi lagu tersebut telah mencetuskan kontroversi apabila telah menayang payudaranya di dalam majalah tersebut.

Jurugambar Mert Alas dan Marcus Piggott, yang menjadi jurugambar bertanggungjawab dalam isu tersebut. Beliau tampil berpakaian dalam pelbagai pakaian dah salah satu gambar telah mendedahkan keseluruhan payudaranya.








Percayakah anda terdapat sebuah penempatan di United Kindoms yang penduduknya sentiasa telanjang sepanjang masa walaupun membuat kerja harian dan bercucuk tanam?

Tempat tersebut adalah perkampungan Spielplatz di Hertfordshire dimana penduduk disini sentiasa berbogel jika tidak keluar dari kampung tersebut.

Keunikan pelik ini telah menarik sebuah syarikat produksi tv untuk membuat dokumentari untuk di tonton umum. Mereka disini akan telnajang walaupun ke pub atau bersenam dikhalayak ramai.




Seorang penduduk di penempatan bogel tersebut,Iseult Richardson, 82, banya adalah orang yang bertanggungjawab membuka penempatan bogel itu keran berbogel adalah perkara biasa untuk mereka.




Menurutnya lagi kadang-kadang ada orang luar masuk ke dalam tempat tersebut pasti akan merasa janggal kerana kehidupan mereka ini.


Trend Plastic Surgery sudah menajdi kebiasaan bagi masyarakat seluruh dunia tetapi tahukah anda tidak semua pembedahan dilakukan berjaya seperti apa yang diidamkan.

Terbaru penampilan seorang selebriti terkenal Hong Kong iaitu Fanny Sieh nyata mengejutkan ramai apabila telah membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan wajahnya tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila wajahnya dilihat semakin hodoh dari awalnya yang sememangnya cantik.






Muka beliau dilihat terlalu tirus kebawah seolah-olah keterlaluan seperti huruf V dan matanya yang besar membuahkan seolah wajah yang telah dimakan usia.
Manusia inikan dah elok-elok nak jugak buat benda pelik-pelik. Bila dah jadi macam ni tak pasal-pasal menyesal.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik satu gambar yang diambil di atas satu pesawat penumpang yang memaparkan seseorang lelaki 'mat salleh' yang seakan-akan Datuk Seri Najib.

Lelaki yang berambut albino di dalam gambar tersebut dilihat seperti sedikit kebingunan melihat beberapa orang di sekelilingnya tergelak-gelak sambil mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar.

Sebelum ini pun, beberapa gambar iras Datuk Seri Najib menjadi popular di laman sosial. Kepada tuan badan(dalam gambar) bersabar la yee.. Anda mungkin tidak tahu mengapa tetapi sekarang anda sudah famous. - Siakapkeli.com.my


KELIBAT seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan.

Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu.

Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran.





Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi mangsa deraan - terdapat individu telah mengecat bulunya.

Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja.

Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara. - mStar Online