Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Tiada tempat yang mustahil bagi orang yang mabuk ! Jadi jangan terkejut sekiranya anda terjumpa keadaan sebegini di dalam tren di China kelak. Harap-harap ini tidak akan berlaku di negara ini. Jika kita lihat melalui gambar dibawah, syok dan selesa sungguh lelaki ini tidur dalam tren. Dah lah aircon, sebaris tempat duduk dia conquer, baju dibuka, seluar dibuka, buyung NAMPAK ! hahaha.. confirm EPIC kalau-kalau dia sedar keesokkan paginya..









TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan hari ini tiada kenaikan tol lebuh raya bakal berlaku dan kerajaan akan membayar RM400 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat, memetik laporan ringkas Bernama.
Pada hujung tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun 2014 adalah masanya untuk kadar tol di lebuh raya dinaikkan mengikut perjanjian konsesi yang ditetapkan.
Menurut beliau pada masa itu, perjanjian konsesi menyatakan kadar bayaran tol perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen pada 14 Disember lepas mengikut laporan Bernama.
Dengan pengumuman Muhyiddin itu, rakyat boleh menarik nafas lega apabila disahkan tiada kenaikan tol di konsesi lebuhraya akan dilaksanakan pada tahun ini.


KULIM - Masalah ponteng sekolah bukan satu perkara baru malah ada antara mereka yang menjadikan kawasan rekreasi seperti air terjun untuk bermadu kasih.

Walaupun perbuatan mereka dilakukan secara senyap, namun ia berjaya dikesan penduduk tempatan.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.

Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.

Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.

Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.

“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.

"Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.

“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.

"Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula," katanya.

Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.

Sumber: Sinar Harian


MUAR – Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menculik, merogol dan dua kelakuan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sia Tiong Yap, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsu kira-kira jam 2 petang, 28 Januari lalu.
Tiong Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana menculik dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di Ladang Kelapa Sawit Batu 8 Setengah, Bakri, dekat sini, masing-masing pada jam 2.30 dan 2.50 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Manakala pertuduhan keempat, Tiong Yap didakwa merogol mangsa di bawah umur itu di lokasi sama, kira-kira jam 3 petang, hari yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Suzana menetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes berkenaan bagi mendapatkan laporan perubatan serta membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kartini Kasran dan meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. –  SINAR HARIAN

HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?
Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi:‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.
“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan,” ujarnya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin.
Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today.
Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.
Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:

Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya.
Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.
Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu…

SEORANG pelajar perfileman di Singapura kini terpaksa membantu polis dalam satu siasatan berkaitan video Hotel Marina Bay Sands diletupkan.
Menurut laporan The Straits Times Singapura, pelajar itu Caleb Rozario, 23 tahun, memuatnaik klip pendek berkenaan ke laman Facebook Disember tahun lepas.
Turut disertakan bersama video berkenaan, iaitu satu komen yang berbunyi “Jadi, saya letupkan MBS atau sebaliknya.. haha,”
(Status Facebook Rozario yang menyatakan dia akan meletupkan Hotel Marina Bay Sands yang menerima banyak komen dan kecaman. Status itu juga didakwa akan meggugat keselamatan awam dan juga dianggap sebagai satu ugutan.)

Seorang pengguna internet menghantar link video berkenaan ke laman portalstomp.sg dan mendapat maklumbalas bahawa video berkenaan dilihat mengancam keselamatan orang ramai.
Rozario merupakan seorang pelajar diploma di sebuah institusi media swasta SAE Institute menjelaskan bahawa video berkenaan dihasilkan mengikut kehendak tugasan “kesan khas visual”.
Dia turut menjelaskan bahawa video berkenaan bukan bertujuan untuk ugutan atau mengancam keselamatan.
Pelajar itu memilih hotel Marina Bay untuk kesan khas letupan itu selepas mengambil inspirasi dari beberapa filem Hollywood yang kerap menjadikan lokasi utama sebagai sasaran letupan.
Seorang jurucakap polis Singapura mengesahkan ada laporan dibuat ke atas video berkenaan namun enggan mendedahkan butiran lanjut.
Ahad lepas, Rozario dihubungi pihak polis untuk membantu siasatan dakwaan menghantar mesej palsu di bawah Akta Telekomunikasi Singapura.
Jika disabitkan kesalahan Rozario boleh dipenjarakan maksimum tujuh tahun dan didenda tidak melebihi $50,000 Dolar Singapura atau kedua-duanya sekali.
Pelajar itu yang dijadualkan menamatkan pengajiannya beberapa minggu lagi, berkata pihak polis menyiasat semua peralatanya antaranya komputer peribadi, telefon bimbit miliknya dan adiknya Jesse.
Dia dan adiknya kemudian dibebaskan bersama peralatan elektronik mereka selepas beberapa jam.

JIKA pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik gambar mesra bersama kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz pula mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.
“Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa.
“Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya,” katanya.

Kontroversi ini berlarutan sejak beberapa minggu lalu akibat tindakannya memuatkan gambar-gambar mesra bersama Nelydia untuk drama’Bukan Kerana Aku Tak Cinta’.
Lebih ‘panas’ lagi, setiap gambar disertakan dengan ‘caption’ yang cukup romantis sehingga menyebabkan cemburu di hati Qi.
Apa pun, kami harapkan segala akan diselesaikan dengan baik dan hubungan Qi dan Nelydia tidak akan tergugat dengan perkara sebegini.


Mungkin inilah yang dikatakan dugaan bercinta…



SALAH seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik  MLM 2013.
Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan peminat fanatik MLM menurut astrogempak.
“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga  dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen  yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua anaknya.
“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek.

Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai “honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”.
Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.
Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.
Cara itu pula melibatkan perkara kotor iaitu mencampurkan darah haid, air ludah atau rambut ke dalam cokelat yang dimasak lalu diberikan sebagai hadiah.
Ajaran sesat yang mula-mula dikongsikan di laman portal terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal internet.
Ramai menganggap perkara ini cuma satu pembohongan tapi bagi masyarakat Melayu yang mengetahui tentang ‘nasi kangkang’ yang dihasilkan bagi menjinakkan suami, berita ini mungkin ada asasnya.
Apa pun, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima cokelat daripada gadis pada 14 Februari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.
Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.
Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
“Positif atau negatif  dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,
“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.
Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang.

Kalau di Malaysia, ramai yang menjadi mangsa sindiket keldai dadah, di Columbia. Mereka tidak perlukan semua itu. Bukan calang-calang teknologi yang mereka gunakan untuk menyeludup dadah, kini dengan menggunakan kapal selam buatan sendiri pula.

Baru-baru ini pihak polis di Colombia berjaya merampas sebuah kapal selam buatan sendiri yang dipercayai milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.

Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.


Dan sebelum ini, pihak berkuasa di sana juga pernah merampas beberapa jenis kapal selam lain yang digunakan oleh penyeludup dadah di sana, antaranya seperti di bawah:








Nampaknya memang hebat betul bisnes dadah di sana sehinggakan mereka mampu membangunkan teknologi sendiri untuk menyeludup dadah. 

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menghalang mereka, namun nampaknya seperti tiada sesiapa yang dapat menghentikan mereka




YAMAN – Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu.

Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini.
Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil.
Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata.

Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit.
Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir.

Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik.
Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.


BRAZIL – Seorang remaja lelaki yang cuba merompak seorang paderi, telah menerima hukuman daripada penduduk setempat dengan lehernya dirantai di tiang lampu dalam keadaan berbogel.

Remaja itu dipercayai berusia dalam lingkungan 16 dan 18 tahun, telah diserang oleh sekumpulan lelaki di Rio de Janeiro.

Selain dirantai, telinganya juga ditikam dan ketika kejadian tiada sesiapa pun di kawasan berkenaan yang menghulurkan bantuan.

Mujurlah seorang wanita yang juga guru, Yvonne Bezerre de Melo menghubungi 999 bagi membantu remaja itu.

“Remaja itu dipukul, telingannya ditikam dan ditelanjangkan sebelum lehernya dirantai pada tiang pos. Saya bertanya kepadanya siapa yang melakukannya dan dia menjawab kumpulan samseng bermotosikal yang melakukannya,’’ kata de Melo.

Bomba yang tiba kemudiannya terpaksa memotong rantai berkenaan dan remaja itu dihantar ke hospital.


Bill Gates telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Microsoft dan akan mengambil peranan baru sebagai penasihat teknologi dalam perkocakan pengurusan yang akan menyaksikan Satya Nadella pula dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) yang baru.

Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara pada bulan Ogos.

Nadella adalah CEO  ketiga dalam sejarah 39 tahun penubuhan Microsoft, yakni selepas Bill Gates dan Steve Ballmer.

“Pada masa transformasi ini, tidak ada orang yang lebih baik untuk memimpin Microsoft selain Satya Nadella,” kata Bill Gates dalam satu kenyataan. 

“Satya adalah seorang pemimpin yang terbukti dengan kemahiran kejuruteraan yang mendalam, visi perniagaan dan keupayaan untuk merapatkan masyarakat. Visi beliau akan bagaimana teknologi akan digunakan dan pengalaman di seluruh dunia adalah apa yang Microsoft perlukan kerana syarikat ini memasuki bab seterusnya melibatkan pengembangan inovasi produk dan pertumbuhan,” katanya.


SUDAH menjadi lumrah segelintir manusia untuk berasa cemburu tatkala melihat orang lain mengecapi kemewahan dan kesenangan hidup.

Mungkin itulah yang dialami oleh pengacara Marion E! News Asia, Marion Caunter yang menjadi mangsa kritikan kerana didakwa kerap menggunakan jet peribadi untuk ke tempat-tempat tertentu.

Bagaimanapun, isteri kepada Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin ini menerusi portal hiburan GUA menafikan perkara tersebut.

“Mana ada saya selalu naik jet peribadi. Saya hanya naik sekali-sekala sahaja. Secara jujur, saya tidak pernah memikirkan soal kemewahan atau kekayaan.
” Bagi saya, segala kemewahan yang saya kecapi ini adalah satu bonus. Secara peribadi, saya hanya mahukan anak-anak, suami serta keluarga kami sihat dan bahagia.

” Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala yang saya perolehi. Saya akui hidup saya bertuah tapi saya juga lalui kesedihan dalam hidup saya. Saya kehilangan orang yang istimewa dalam hidup saya sejak kecil dan saya membesar tanpa seorang ayah. 

” Bagi saya semua orang ada kehidupan masing-masing dan apa yang penting, kita terima saja apa yang kita peroleh dengan kesyukuran,” ujar Marion.

Secara jujurnya, kami rasa tak ada salahnya jika Marion hidup mewah sekali pun.
Iyalah, kalau suami mampu me


Proses pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk sama-sama membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk halus selepas pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu diganggu?

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. “Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

“Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan  perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran.