Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Susulan Anggota Special Branch (SB) Mati Ditembak, Rakan Setugas Ditahan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes anggota cawangan khas yang maut ditembak di Bukit Persekutuan semalam.
Anggota berkenaan yang juga merupakan rakan setugas mangsa ditahan pada jam 7 malam semalam di Balai Polis Cawangan Travers.
Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakan setugas mangsa itu akan direman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
“Positif atau negatif  dia (rakan) terlibat akan diberitahu kemudian, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti. Suspek kini akan direman selama tujuh hari bermula hari ini,
“Pistol dan beberapa dokumen lain milik anggota berkenaan turut dirampas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati hari ini.
Dalam kejadian semalam, anggota Cawangan Khas terbabit ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan.
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 4.30 petang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments