Narathiwat: Tiga beradik Muslim termasuk seorang kanak-kanak berusia
tiga tahun ditembak mati manakala ibu mereka yang hamil cedera.
Jurucakap polis di wilayah Bacho Kolonel Pramote Promin berkata, tiga
budak lelaki berusia tiga, lima dan sembilan tahun berkenaan ditembak
ketika pulang daripada solat maghrib di sebuah masjid berhampiran rumah
mereka.
Ibu dan ayah mereka turut ditembak namun terselamat.
Pramote bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kematian
berkenaan ada kaitan dengan pemberontakan terhadap pemerintahan negara
itu.
“Kita perlu menunggu siasatan. Apapun, masyarakat mesti bersatu mengutuk perbuatan keji ini,” katanya.
Rumah keluarga itu ditembak bertubi-tubi mengakibatkan tiga kanak-kanak cedera sebelum meninggal dunia di hospital. - AFP
No comments
Post a Comment