Kuala Terengganu: Berang kerana anak saudaranya terkencing di atas
tilamnya, seorang lelaki bagaikan dirasuk hantu apabila mengamuk mahu
memotong kemaluan kanak-kanak perempuan itu dalam kejadian di sebuah
rumah di Kampung Masjid Raja, di sini, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 pagi selepas
suspek lingkungan 20-an itu ditegur ibunya berhubung beberapa perkara
salah yang dilakukan suspek sebelum ini.
Katanya, teguran
wanita berusia 63 tahun itu bukan saja tidak dapat diterima suspek
sebaliknya dia bertindak melepaskan geram kepada kanak-kanak berusia
tiga tahun yang secara tidak sengaja terkencing di atas tilamnya.
“Pada mulanya, suspek bertindak kurang ajar apabila meludah
berkali-kali ke arah ibu malang itu sebelum mengugut akan membunuh warga
emas itu menggunakan kapak yang diambil di dapur rumah.
“Bagi
menakutkan mangsa, suspek bertindak mengetuk kapak di tangannya beberapa
kali di atas meja sebagai isyarat berhubung tindakan yang akan
dilakukan selepas itu,” katanya.
Sumber berkata, ketika suspek
sedang mengamuk, anak saudaranya yang terjaga daripada tidur secara
tidak sengaja terkencing di atas tilam kerana ketakutan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan suspek semakin naik angin apabila mengugut akan memotong kemaluan kanak-kanak itu.
“Bukan itu saja, suspek yang bagaikan dirasuk turut mengamuk akan
membakar pakaian milik mangsa selain mengugut akan membakar rumah itu.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, ibu malang yang bimbang
keselamatannya dan ahli keluarga lain nekad membuat laporan polis
sejurus kejadian itu untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan
lanjut sedang dijalankan.
No comments
Post a Comment