Sepanjang hari semalam, heboh para peminat dunia hiburan akan beberapa keping gambar yang dikongsikan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang menunjukkan perut yang sedang hamil atau baby bump di akaun Instagram beliau.
Tindakan Wan Sakinah itu mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai dan tidak terlepas reaksi negatif yang mengatakan wanita itu sengaja menayangkan gambar perut yang seksi tanpa memikirkan kesannya kepada suami & keluarga.
Dalam status terbaru di Instagram beliau, Wan Sakinah menjelaskan yang bukan niat hatinya untuk menunjuk nunjuk atau kongsikan imej seksi namun hanya mahu berkongsi rasa teruja kerana hamil dan meminta maaf kepada semua yang tidak senang dengan tindakan beliau.
“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar yangg menayangkn gambar perut saya itu. Terlalu excited tengok perut boyot, itu yang pi upload tu. Bukannya nak show off bagai. Tau, orang lain pun pregnant juga. Tapi sebelum ini, pantang naik perut sikitt pi gym la, jog la. Sit up la. Tapi now rasa lain, bila tau pregnant je, dok tunggu bila perut nak besaq”
“Lagipun orang dok kata perut saya kecik. Tapi bila hampir 7 bulan ni tiba tiba dia besaq! Tengok dalam gambar lagi nampak besaq! Tu yang saya pi upload tu. Tak rasa seksi pun, cuma excited tang perut. Tiada niat nak sakitkn hati sesiapa”
“Saya mengaku saya salah. Selain minta ampun kat Allah, minta maaf pada suami, saya juga minta maaf pada anda semua. Saya juga maafkan anda yang tak penat dok maki hamun. Tak payah la cari kat padang Masyar. Jenuh, ramai orang,” tulis Wan Sakinah
CP: Rotikaya.com
No comments
Post a Comment