BRAZIL – Seorang remaja
lelaki yang cuba merompak seorang paderi, telah menerima hukuman
daripada penduduk setempat dengan lehernya dirantai di tiang lampu dalam
keadaan berbogel.
Remaja itu dipercayai berusia dalam lingkungan 16 dan 18 tahun, telah diserang oleh sekumpulan lelaki di Rio de Janeiro.
Selain dirantai, telinganya juga ditikam dan ketika kejadian tiada sesiapa pun di kawasan berkenaan yang menghulurkan bantuan.
Mujurlah seorang wanita yang juga guru, Yvonne Bezerre de Melo menghubungi 999 bagi membantu remaja itu.
“Remaja itu dipukul, telingannya ditikam dan ditelanjangkan sebelum
lehernya dirantai pada tiang pos. Saya bertanya kepadanya siapa yang
melakukannya dan dia menjawab kumpulan samseng bermotosikal yang melakukannya,’’ kata de Melo.
Bomba yang tiba kemudiannya terpaksa memotong rantai berkenaan dan remaja itu dihantar ke hospital.
No comments
Post a Comment