Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit
sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook
miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya
dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular,
Khamis lalu.
Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan
rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan
mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada
imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara
itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain
selepas ugutan itu.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan
risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.
No comments
Post a Comment