Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Justin Bieber Kena ‘pulau’, Takut Buat Kecoh
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



New York: Beberapa kelab malam di sini melarang Justin Bieber masuk untuk berparti selepas perlawanan akhir bola sepak Amerika Syarikat, Super Bowl, kelmarin.
Bieber dan rombongannya dilaporkan tiba di kelab malam kegemaran bintang itu, 10AK di New York menjelang perlawanan akhir itu. 

Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan masuk oleh pemilik kelab yang mendakwa penyanyi bermasalah itu akan menimbulkan kekacauan dan mencemari reputasi kelab dengan tingkah laku liarnya.
Satu sumber memberitahu penulis kolum akhbar New York Daily News walaupun Bieber mungkin bintang terbesar dunia, kebanyakan pemilik kelab tidak mahu ‘si pengacau’ itu berada di dalam kelab mereka.

“Bieber bagaikan radioaktif dan selagi dia tidak berubah, tiada siapa mahu liputan buruk akhbar di tempat mereka,” katanya.

Bieber yang berdepan masalah perundangan selepas didakwa menumbuk pemandu limosin Disember lalu dan ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, lesen memandu yang tamat tempoh serta melawan ketika diberkas di Miami bulan lalu juga dikatakan diusir daripada menghadiri sekurang-kurangnya empat parti Super Bowl malam kelmarin.

Dia cuba menyertai parti susulan malam sebelumnya bersama-sama dengan Jay Z di DirecTV, kelab Pier 40 pada Sabtu lalu tetapi penganjur enggan membenarkan dia masuk.

Bagaimanapun, penyanyi Baby itu tidak membiarkan keadaan terbabit mengecewakannya apabila dia dilihat melakukan lagak ngeri papan luncur untuk tetamu dan peminat di parti Leather & Laces di panggung Liberty Ahad lalu sebelum dilihat bermain papan luncur di Times Square pada jam 4 pagi.

Berita terbaru itu dilaporkan beberapa hari selepas Bieber dan rakannya Khalil Sharieff dilihat bergambar bersama penari bogel.

Satu sumber memberitahu TMZ bahawa penari wanita terbabit yang dilihat setua ibunya diupah untuk membuat persembahan bagi penyanyi itu dan rakannya di satu ruangan studio rakaman di Los Angeles. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments