Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
TRAGEDI berdarah di Perancis pada minggu lalu membabitkan serangan ke atas pejabat majalah Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa pada Rabu, diikuti drama tebusan di sebuah pasaraya mini Kosher yang terletak Porte de Vincennes, timur Paris pada Jumaat yang mengorbankan 4 tebusan, kini jadi polemik berkaitan ekstremis paling hangat diperkatakan masyarakat dunia.
Meskipun tiga suspek utama yang bertanggungjawab melakukannya berjaya ditembak mati, seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri dan kini masih diburu pihak berkuasa Perancis.
Dia adalah wanita jelita bernama Hayat Boumediene, 26, yang didakwa merupakan teman wanita atau isteri suspek yang ditembak mati di pasaraya Kosher, Amedy Coulibaly.
Bagaimana Hayat dapat melepaskan diri mengejutkan banyak pihak namun pihak polis memberi gambaran bahawa wanita ini amat licik, berbahaya dan dipercayai masih berada di Perancis.
Susulan itu, gambar Hayat yang didakwa gemar berbikini sebelum memakai jubah dan jilbab selepas melibatkan diri dalam aktiviti ekstremis bersama Coulibaly mulai tersebar.
Sejauh mana kesahihan gambar ini tak dapat dipastikan, ia memaparkan Hayat yang cuma memakai bikini melingkarkan tangannya pada badan Coulibaly ketika mereka berada di pantai.
Gambar lain yang didakwa diperoleh daripada sumber risikan pula, menunjukkan sisi berbeza Hayat apabila dirakam sedang beraksi menggunakan senjata jenis panah dikenali sebagaicrossbow, di samping satu gambar dirinya memakai jilbab bersama Coulibaly dipercayai dirakam sekitar tahun 2010.
Coulibaly diyakini mempunyai kaitan dengan dua beradik yang melakukan serangan terhadap Charlie Hebdo iaitu Cheris and Said Kouachi namun penglibatan Hayat dengan kedua mereka masih disiasat.
Global
AKIBAT terlalu sedih dan berang terhadap seekor buaya yang telah membaham isterinya ketika sedang sarat mengandung, si suami bertindak membalas dendam dengan membunuh buaya tersebut.
Suami mangsa, Mubarak Barambuze, 57 tahun dari Kampung Kibuye, Uganda dikatakan membunuh buaya itu menggunakan lembing paling tajam yang ditempah khas dari tukang kayu untuk membunuh haiwan reptilia itu.
Buaya seberat 1,000 kilogram ini kemudian diangkat ke daratan atas bantuan lima nelayan yang lain.
Ekoran terbunuhnya haiwan berbahaya itu, Mubarak telah diangkat sebagai hero oleh penduduk kampung kerana berjaya menyelesaikan permasalahan yang menghantui kampung tersebut.
Menyingkap sebelum kejadian, isterinya yang sedang hamil, Demeteriya Nabrie dikatakan hilang ketika sedang mencari kayu api berdekatan pesisir sungai Nawaikoke di Uganda.
Pihak penduduk yang menjalankan operasi mencari kemudiannya digemparkan dengan penemuan selipar milik wanita hamil itu beserta jari kaki dan tangan yang berlumuran darah di kawasan berkenaan.
Ini sekaligus menjawab persoalan yang wanita hamil itu hilang akibat dibaham buaya yang dianggar sepanjang 20 kaki itu.
Sebelum ini, buaya itu juga dikaitkan dengan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.
Global
DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.
Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.
Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.
Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.
Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.
Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.
Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.
Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.
Global
Kuala Lumpur: Hampir 95 peratus kes individu Malaysia yang terbabit menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria adalah melalui media sosial termasuk Facebook (FB).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan miltan IS memiliki ribuan ‘cyber trooper’ yang digunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat Islam sedunia bagi mempromosikan ideologi kumpulan itu.
Beliau berkata, mereka menyasarkan belia berusia 20-an dan awal 30-an daripada pelbagai latar belakang.
“Ada yang bekerja sebagai guru agama, kakitangan kerajaan, ada yang tiada pekerjaan dan ahli perniagaan.
“Setakat ini 59 rakyat Malaysia sudah kita tahan. HmetroONLINE
Isu Semasa
Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.
"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro. - Harian Metro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments