AKIBAT terlalu sedih dan berang terhadap seekor buaya yang telah membaham isterinya ketika sedang sarat mengandung, si suami bertindak membalas dendam dengan membunuh buaya tersebut.
Suami mangsa, Mubarak Barambuze, 57 tahun dari Kampung Kibuye, Uganda dikatakan membunuh buaya itu menggunakan lembing paling tajam yang ditempah khas dari tukang kayu untuk membunuh haiwan reptilia itu.
Buaya seberat 1,000 kilogram ini kemudian diangkat ke daratan atas bantuan lima nelayan yang lain.
Ekoran terbunuhnya haiwan berbahaya itu, Mubarak telah diangkat sebagai hero oleh penduduk kampung kerana berjaya menyelesaikan permasalahan yang menghantui kampung tersebut.
Menyingkap sebelum kejadian, isterinya yang sedang hamil, Demeteriya Nabrie dikatakan hilang ketika sedang mencari kayu api berdekatan pesisir sungai Nawaikoke di Uganda.
Pihak penduduk yang menjalankan operasi mencari kemudiannya digemparkan dengan penemuan selipar milik wanita hamil itu beserta jari kaki dan tangan yang berlumuran darah di kawasan berkenaan.
Ini sekaligus menjawab persoalan yang wanita hamil itu hilang akibat dibaham buaya yang dianggar sepanjang 20 kaki itu.
Sebelum ini, buaya itu juga dikaitkan dengan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.
No comments
Post a Comment