DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal masih belum terjawab meskipun spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan tertentu.
Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak mendedahkan buat pertama kalinya foto dan identiti juruterbang Ukraine yang dituduh sebagai individu bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.
Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan) dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang setaraf dengan FBI ini.
Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’ tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian Boeng case’.
Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah ‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat dan masa yang salah’.
Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander Bastrykin.
Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.
Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah propaganda yang dicipta bagi menyalahkan juruterbang mereka.
No comments
Post a Comment