Pelakon cilik yang pernah membintangi sitkom 1980-an "The Cosby Show" menerusi watak Olivia, Raven-Symone akhirnya mendedahkan bahawa dia seorang lesbian dan pendapatnya tentang perkahwinan sejenis.
"Saya amat gembira apabila perkahwinan sejenis mula diterima di negara ini. Saya sangat teruja apabila lebih banyak negeri yang mengesahkan perkahwinan sejenis.
"Walaubagaimanapun saya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat, tetapi gembira saya boleh lakukannya jika saya mahu," ujarnya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari CNN.
Baru-baru ini aktres berusia 27 tahun ini mula menjadi bualan ramai apabila dia mengemaskini akaun Twitter miliknya dengan berkata: "Akhirnya saya boleh berkahwin! Yay! Berbangga dengan kerajaan!"
Gara-gara kenyataannya itu, ramai beranggapan bahawa Symone bakal berkahwin tidak lama lagi, tetapi khabar angin ini ditepis oleh jurucakapnya.
Sebelum ini Symone pernah menegaskan bahawa orientasi seksual adalah satu perkara peribadi dalam hidupnya.
"Orientasi seksual adalah milik saya dan juga orang yang menjalinkan hubungan dengan saya. Saya tidak akan mempamerkan kehidupan saya kepada umum."
Selain "The Cosby Show", Symone turut membintangi siri komedi terbitan saluran Disney, "That's So Raven".
No comments
Post a Comment