Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Pengacara MTV Asia Hanli Hoefer dan Alan Wong kaki filem!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pengacara MTV Asia kaki filem!
Walaupun belum cukup setahun menyertai MTV Asia, dua pengacara baru ini, Hanli Hoefer dan Alan Wong yang berperwatakan ceria kelihatan senang dengan kerjaya mereka dan bijak membawa diri sendiri.
Mereka bukan sahaja peminat muzik, tetapi Hanli dan Alan juga adalah penggemar filem dan sempat berkongsi kegemaran mereka dengan Tupai.
"Secara klasik, saya sangat meminat filem "Momento". Saya menyukai cara filem ini diolah dengan perjalanan cerita yang teratur. Untuk filem yang terbaru, "Inception" adalah pilihan saya," ujar Alan yang mengakui dia merupakan seorang peminat pengarah terkenal Christopher Nolan.
Jejaka kacukan Amerika-Cina ini juga memberitahu filem animasi "Despicable Me 2" yang menggunakan suara aktor Hollywood Steve Carell dan Kristen Wiig ini lebih baik daripada filem pertama.
Sementara itu Hanli yang memulakan kariernya sebagai seorang model setahun lalu ketika berusia 19 tahun memberitahu dia lebih banyak menyukai filem klasik.
"Filem kegemaran saya untuk sepanjang masa adalah "Almost Famous". Manakala untuk filem terbaru, saya tidak puas menonton "Pitch Perfect". Ianya sangat kelakar!" katanya.
Sebelum bergelar pengacara di MTV Asia pada April 2013, jejaka berusia 27 tahun ini pernah bekerja sambilan mengajar subjek kimia sementara cuba mendapatkan peluang dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
"Saya berpindah ke Hong Kong sejak beberapa tahun lalu untuk mengejar karier hiburan seperti berlakon dan mengacara. Akhirnya, saya ke Singapura lima bulan lalu dan sangat bertuah selepas bertemu dengan MTV dan krew yang lain di sana!"
Alan berhasrat untuk menonjolkan bakat lakonan yang sedia ada dan menggalakkan orang ramai agar mencapai cita-cita mereka.
"Saya mahu mendorong siapa sahaja di luar sana untuk mencapai impian mereka. Saya percaya kita mempunyai banyak impian yang masih belum terlaksana.
"Kita rasa kita tak mampu mencapainya kerana kita tidak betul-betul mencuba. Saya pun tidak akan berada di sini jika saya tidak mengikut kehendak dan impian saya," katanya.
Sementara itu, Alan dan Hanli akan mengacarakan MTV World Stage Live In Malaysia 2013 yang akan menyaksikan persembahan daripada Robin Thicke, Far East Movement dan Joe Flizzow pada 8 September akan datang di Sunway Lagoon.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments