Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bollywood filemkan kisah Jiah Khan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Tragedi bunuh diri bintang Bollywood Jiah Khan kini menjadi sumber ilham bagi sebuah filem terbaru, "Bold Bollywood" yang telah dilancarkan di sebuah hotel lima bintang baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Times of India, filem pertama arahan Rikchhit Matta tersebut mengisahkan tiga orang gadis yang tiba di Mumbai dengan impian untuk menjadi pelakon terkenal dan bakal dilakonkan oleh Hazel Keech, Sandeepa Dhar, Shweta Bharadwaj, Rajpal Yadav dan Manoj Joshi antara yang lainnya.

Menurut Matta, "Saya tersentuh selepas membaca hampir semua laporan media mengenai kematian Jiah Khan. Kejayaan di Bollywood bukan perkara yang mudah, dan banyak yang gagal melepasi semua ujian. Filem saya merupakan satu usaha ikhlas untuk mendedahkan suka duka dunia perfileman."

Jelas Matta lagi, satu daripada watak dalam "Bold Bollywood" mempunyai karakter yang seakan sama dengan Jiah Khan, dan turut melalui semua cabaran yang dihadapi dalam kehidupan peribadi dan kerjanyanya.

Sementara ini, penerbit filem tersebut, pelakon terkenal Shabana Hashmi berkata, "Kami mahu menunjukkan sisi gelap dunia glamor ini. Untuk projek-projek akan datang juga kami akan membentangkan subjek dengan mesej yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat."

Awal Jun lalu, industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan kematian tragik bintang muda Jiah Khan yang telah membunuh diri dengan cara menggantung diri di kipas siling di kediamannya di Juhu, Mumbai.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments