Wow! Bintang siri "Glee", Samuel Larsen mengejutkan banyak pihak terutama sekali para peminat wanita apabila tampil dengan gaya rambut baru.
Aktor berusia 21 tahun ini telah memotong rambut dreadlocks yang menjadi trademark dirinya sejak menyertai siri televisyen realiti "The Glee Project".
Nampaknya Larsen turut menyukai gaya baru itu dengan memberitahu di akaun Twitter, "Hanya sebagai rekod, tengkuk saya rasa sangat hebat!"
Hakikatnya Larsen sudah lama menyimpan hasrat untuk memotong rambutnya itu kerana bimbang kurang mendapat tawaran lakonan.
Dalam satu temubual bersama TV Line pada Ogos 2011, Larsen memberitahu, "Saya pernah menelefon agen saya dan memberitahu saya ingin potong rambut kerana saya merasakan ia membataskan diri saya untuk menerima tawaran berlakon. Saya ingin mencuba lebih banyak watak lain.
"Saya berasa tiada masalah dan menerimanya kerana Ryan Murphy (pengasas bersama "Glee") menyukainya, tetapi saya pernah merasakan rambut saya adalah satu beban."
Pastinya Larsen tampil lebih hot dengan gaya rambut barunya ini!
No comments
Post a Comment