Penyanyi rap dan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon baru-baru ini tampil menjelaskan kontroversi perkauman yang melandanya.
G-Dragon sebelum ini mencetus kontroversi apabila memuat naik gambarnya di Instagram yang dianggap sebagai cara canggungnya memberi penghormatannya kepada Trayvon Martin, seorang remaja Afro-Amerika yang telah ditembak mati dalam satu kes pergelutan dengan seorang ahli rukun tetangga yang menjadi isu hangat di Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu.
Gambar tersebut menampilkan penyanyi rap itu dengan wajah yang diwarnakan hitam sementara kepalanya ditutup dengan hud berwarna kelabu.
Gambar ini telah mencetuskan kemarahan para peminat di Amerika Syarikat yang dikatakan bersikap perkauman. |
Sekalipun cara yang sama telah dibuat oleh para artis Amerika Syarikat yang lain seperti Frank Ocean, The-Dream dan P. Diddy, malangnya tindakan G-Dragon mencetus kemarahan para peminat di sana yang menganggap perbuatan menghitamkan wajah sebagai tindakan perkauman.
Namun begitu, laporan di LA Times memberitahu bahawa G-Dragon, yang diwakili oleh perantaranya, baru-baru ini menjelaskan situasi sebenar dan berkata, "Situasi ini hanya satu salah faham. Imej tersebut hanyalah konsep visual untuk kulit album terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi."
Jelas wakilnya lagi, "Cat muka tersebut hanyalah satu daripada variasi warna untuk kulit albumnya yang menampilkan G-Dragon dalam warna hitam, putih dan merah. Ia bukan satu kenyataan politik mahupun bangsa."
No comments
Post a Comment